awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda maut terjatuh dari hotel di Genting Highlands

Bernama
Bernama
17/09/2017
01:22 MYT
Pemuda maut terjatuh dari hotel di Genting Highlands
Seorang pemuda maut setelah terjatuh dari tingkat 16 sebuah hotel di Genting Highlands dekat sini, hari ini dipercayai selepas memanjat tembok untuk mengambil gambar. -Gambar hiasan
Seorang pemuda maut setelah terjatuh dari tingkat 16 sebuah hotel di Genting Highlands dekat sini, pada Sabtu dipercayai selepas memanjat tembok untuk mengambil gambar.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata dalam kejadian 2.50 petang itu, P. Kanesh Naidu, 20, maut serta-merta apabila terjatuh ke tingkat tujuh hotel berkenaan.
"Mangsa dipercayai memanjat tembok letak bunga di tingkat 16 di tempat letak kereta hotel itu, namun telah tergelincir.
"Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan badan yang konsisten dengan jatuh dari tempat tinggi," katanya semasa dihubungi di sini.
Kanesh, yang berasal dari Taman Sri Sinar, Kuala Lumpur dan bekerja di sebuah restoran, datang ke pusat peranginan itu bersama-sama tiga rakannya.
Bagaimanapun, semasa kejadian semua rakannya masih berada di dalam kereta dan mangsa dipercayai keluar sendirian sebaik sahaja mereka tiba di kawasan tempat letak kereta itu.
Mohamad Mansor berkata siasatan awal mendapati kejadian itu tiada unsur jenayah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Genting Highlands
#hotel
#jenayah
#Kuala Lumpur
#maut
#Mohamad Mansor Mohd Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan