awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda PAS P. Pinang saran Guan Eng bercuti sehingga siasatan selesai

Bernama
Bernama
22/03/2016
00:34 MYT
Pemuda PAS P. Pinang saran Guan Eng bercuti sehingga siasatan selesai
DPPNPP turut menyokong pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Guan Eng tidak bersalah sehingga diputuskan bersalah oleh mahkamah. - Foto Bernama
Lim Guan Eng disaran bercuti daripada menjalankan tugas sebagai ketua menteri sehingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai menjalankan siasatan berhubung isu pembelian rumah bernilai RM2.8 juta di Jalan Pinhorn, di sini.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang (DPPNPP) Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata tindakan bercuti itu perlu bagi memastikan ketelusan dan kelancaran proses siasatan pihak berkuasa.
Beliau berkata DPPNPP turut menyokong pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Guan Eng tidak bersalah sehingga diputuskan bersalah oleh mahkamah.
"Pendirian beliau ini disifatkan sebagai berjiwa besar kerana mengambil pendirian mempertahankan seseorang yang belum diputuskan bersalah walaupun (Guan Eng) bersikap memusuhi PAS," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.
Isu pembelian rumah banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu menjadi kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya membangkitkannya pada persidangan Dewan Rakyat Khamis lepas.
Shabudin yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang turut meminta Jabatan Penilaian dan Pembangunan Harta membuat penilaian berhubung hartanah berharga RM2.8 juta dibeli Guan Eng yang juga Anggota Parlimen Bagan di Jalan Pinhorn, sedangkan nilai semasa rumah itu lebih RM3 juta. Shabudin turut meminta SPRM menyiasat dakwaan penjualan beberapa lot tanah di Pulau Pinang yang dikatakan asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin.
Topic Berkaitan
#kontroversi pembelian rumah
#Pemuda Pas
#rumah banglo Lim Guan Eng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan