Ahli jawatankuasa kerja (AJK) PAS Pusat, Khalid Abdul Samad meminta pemuda PAS mengadakan pertemuan dan muzakarah dengan pertubuhan Sisters in Islam (SIS) sebelum menyatakan sokongan terhadap pengharaman pertubuhan itu.
Jelasnya yang juga ahli Parlimen Shah Alam, tindakan menjatuhkan hukuman tanpa perbincangan disifatkan satu tindakan tidak adil kepada pertubuhan berkenaan.
"Pemuda PAS harus melihat sokongan kepada fatwa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sesuatu yang sangat serius.
"Sebelum kita hukum orang sesat atau bawa ajaran liberal atau pluralieme atau Yahudi, kita kena muzakarah, bawa berbincang...kalau hendak hukum, kena lakukan dengan cara yang adil," katanya semasa sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Datuk Saifuddin Abdullah dan wakil SIS di sini hari ini.
Sebelum ini, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi menyatakan sokongan terhadap keputusan pihak Jawatankuasa Fatwa MAIS yang mewartakan fatwa pengharaman SIS Julai lalu.
Pada Julai, MAIS mengisytiharkan SIS dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman "liberalisme" dan "pluralisme" agama sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.
SIS kemudiannya membuat semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung perkara berkenaan.
Dalam semakan kehakiman tersebut, SIS menamakan Jawatankuasa Fatwa Selangor, MAIS dan kerajaan Selangor sebagai responden, mahu membatalkan pengisytiharan fatwa itu dan mahu diiktiraf sebagai badan yang dijamin mengikut Akta Syarikat 1965 dan tidak terikat dengan fatwa itu.
Astro Awani
Thu Nov 06 2014
KHALID: Pemuda PAS perlu muzakarah dengan SIS - Gambar fail
Pelabur perlu deposit RM2 juta jika mahu berhijrah ke Sarawak - Abang Jo
Premier Sarawak bersetuju dengan cadangan bahawa pelabur yang berminat untuk berhijrah ke negeri itu perlu mendeposit sekurang-kurangnya RM2 juta.
Tanabalan tiba di Madinah selepas 40 hari kembara motosikal
Tanabalan selamat tiba di Madinah pada Sabtu selepas memulakan kembara pada 20 Mac lepas.
Malaysia amalkan dasar luar yang seimbang, elak provokatif - Anwar
Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakkan sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anjing kejar budak berjaya ditangkap, ada pemilik - PBT
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) berjaya menangkap tiga ekor anjing yang dipercayai mengejar seorang kanak-kanak lelaki hingga nyaris digilis kereta pada Sabtu.
Fokus Minggu Depan: Soladiriti Gaza merentasi bangsa dan agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
Kekejaman Zionis: Angka kematian meningkat ke lebih 34,000
Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada petang Jumaat dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Pertumbuhan saksama: Penglibatan negara maju penting
Tengku Zafrul melihat kerjasama dan penglibatan negara maju sebagai aspek penting dalam membantu membawa kemampanan dan pertumbuhan yang seimbang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Status daging kultur: MKI akan bincang dengan IIFA
MKI akan mengeluarkan fatwa berhubung status daging kultur selepas mengadakan perbincangan dengan Akademi Fiqh Islami Antarabangsa (IIFA).
Daging cetakan 3D boleh dimakan jika guna DNA haiwan halal - MUIS
MAJLIS Ugama Islam Singapura (MUIS) mengeluarkan fatwa membenarkan orang Islam memakan daging dihasilkan menerusi cetakan 3D sekiranya ia menggunakan DNA haiwan yang halal.
Semua pihak diseru tidak keluarkan ucapan sewenang-wenangnya - Menteri Agama
Mohd Na'im menyeru semua pihak agar lebih bertanggungjawab dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan ucapan yang boleh mencetus perbalahan, ketegangan serta kegelisahan dalam masyarakat.
Sultan Selangor gesa hentikan perbuatan keluarkan fatwa secara tidak bertanggungjawab
Sultan Selangor bertitah agar segera memberhentikan perbuatan mengeluarkan fatwa secara tidak bertanggungjawab demi memelihara perpaduan rakyat di negara ini.
Polis buka kertas siasatan kerana 'fatwa' dikeluarkan Muhyiddin
Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa haram mengundi calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kaiat.
Fatwa politik haram beri undi kepada saya tidak wajar, permain hukuman agama - Suhaizan
Suhaizan menyifatkan tindakan Muhyiddin mengeluarkan 'fatwa' bahawa haram memberikan undi kepada beliau sebagai seolah-olah mempermainkan hukum agama demi kepentingan politik.
PRK: Zahid yakin pengundi Johor tidak terpengaruh 'fatwa politik' Muhyiddin
Muhyiddin semasa sesi ceramah berkenaan dikatakan telah mengatakan bahawa adalah haram memberikan undi kepada Suhaizan, sehingga menimbulkan pelbagai reaksi.
Ajaran Si Hulk difatwakan sesat
Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan ajaran dan fahaman yang dibawa Suhaini Mohammad atau Si Hulk sebagai sesat.
Masyarakat perlu hormati fatwa larang umat Islam sertai ritual keagamaan bukan Islam
"Ini garis panduan khusus buat orang Islam. Ia tidak bercanggah dengan semangat perpaduan dan bangsa Johor (kerana) kita hidup dalam masyarakat majmuk."
Fatwa tidak bercanggah dengan konsep Bangsa Johor - Sultan Ibrahim
Sultan Ibrahim bertitah, fatwa berkenaan tidak menjejaskan sama sekali konsep Bangsa Johor yang mengamalkan toleransi, persefahaman dan perpaduan.