Pemuda Umno mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyatakan pendiriannya berhubung isu kalimah Allah susulan keputusan Majlis Syura Pas bahawa kalimah itu khusus untuk agama Islam.
Ketua Penerangannya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pihaknya hairan kerana sehingga hari ini, Lim yang juga Setiausah Agung DAP, hanya membisu dan enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.
"Beliau yang mulakan perkara ini (kontroversi isu kalimah Allah), tetapi selepas mengeluarkan kenyataan itu Lim hanya mendiamkan diri dan saya difahamkan beliau juga cuba mengelak apabila ditanya media.
"Mengapa perlu takut, kalau berani minta beranilah jawab, sekutu mereka (Pas) sudah beri jawapan dan sekarang DAP dan PKR pula perlu tampil dengan pendirian mereka. Saya pasti semua orang sedang tunggu (pendirian parti)," katanya di sini pada Jumaat.
Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan RM100 kepada 600 pelajar di kawasan Parlimen Kepala Batas yang dirasmikan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku Anggota Parlimen Kepala Batas.
Isu itu dibangkit oleh Lim semasa berucap sempena sambutan Krismas lepas, menggesa kerajaan persekutuan membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah 'Allah' dalam Bible bahasa Melayu.
Kenyataan itu mendapat bantahan pelbagai pihak, namun pemimpin parti sekutu DAP termasuk Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas Datuk Abdul Nik Abdul Aziz serta penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyetujuinya.
Bagaimanapun susulan keputusan majlis syura itu, Abdul Aziz mengubah pandangan yang bukan sahaja tidak bersetuju dengan Lim, tetapi juga menegaskan kalimah Allah hanya merujuk Tuhan Yang Satu dan perbuatan menggunakannya untuk agama lain adalah mengarut.
Reezal yang Ketua Pemuda Umno Kepala Batas turut menuntut Lim menarik balik kenyataannya itu.
Bernama
Fri Jan 18 2013
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penggunaan kalimah Allah dalam Bible dilarang di Selangor - Sultan Sharafuddin
Penggunaan kalimah Allah dalam Bible (terjemahan Bahasa Melayu) atau percetakan buku dan tulisan agama Kristian dalam apa-apa bentuk sekalipun tetap dilarang sama sekali penggunaannya di Selangor.
Hormati undang-undang Malaysia - Duta Finland
Beliau berkata, peringatan itu penting kerana ia terdapat dalam seksyen nasihat perjalanan di laman sesawang kedutaan tersebut.
Bible dicap elak diedar di Selangor, kata Sultan
Bible yang dipulangkan bersama cap amaran adalah bagi mengelakkan ia diedar di Selangor, kata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Bible yang dirampas di Selangor diserah kembali
Penyerahan tersebut dibuat di Istana Alam Shah dalam satu majlis pagi ini dan disaksikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
PERKASA tidak tunduk dan berpegang kepada prinsip perjuangan
PERKASA turut berjuang untuk mendapatkan keadilan ekonomi bagi Bumiputera khususnya orang Melayu dan memperkasakan institusi raja-raja Melayu.
Isu Bible: MAIS nafi Sultan Selangor perkenan PERKASA adakan perhimpunan
Surat berhubung perhimpunan itu diterima MAIS, bagaimanapun tidak dirujuk untuk perhatian Sultan Selangor kerana baginda telah berangkat ke luar negara.
MAIS dan JAIS perlu patuh pada keputusan Peguam Negara
Majlis Peguam menyokong keputusan Peguam Negara untuk tidak mendakwa Persatuan Bible Malaysia.
Tuntutan kalimah Allah taktik baru murtadkan umat Islam - Tun Abdul Hamid
Tuntutan kalimah Allah taktik baru murtadkan umat Islam, kata bekas Ketua Hakim Negara.
Serbuan JAIS ikut SOP - Sallehen
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, ia selaras SOP sedia ada sekali gus tidak menyalahi undang-undang.
MKPN kesal dengan serbuan JAIS
Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) kesal dengan serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor ke atas premis Persatuan Bible Malaysia.