Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin hari ini menggariskan tiga langkah utama bagi memenangi hati orang muda untuk menyokong UMNO dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti.
Langkah pertama, mengadakan program 'Jelajah Anak Muda' mulai tahun depan dengan mengerahkan tenaga Pemuda dalam kalangan perwakilan Exco dan Bahagian.
"Pemuda akan menjelajah institut pengajian tinggi awam, politeknik dan institut latihan bagi menemui mereka. Kita juga akan menghantar wakil bertemu pelajar di luar negara," katanya dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Pemuda 2013 di sini Rabu.
Bagi langkah kedua, Khairy berkata pihaknya akan menerap pendekatan ke pusat ibadah, yang mana pada masa sama, akan cuba menjadi ejen penyelesai masalah rakyat.
Beliau berkata Pemuda juga akan lebih ke depan dalam mencari penyelesaian masalah seperti banjir dan kebakaran agar rakyat tidak perlu lagi menunggu wakil rakyat mereka berbuat sesuatu.
"Kerana itulah kita telah meminta rakan-rakan Pemuda kita yang berada di sini supaya segera pulang ke kawasan dilanda banjir. Ada lebih kurang tujuh atau lapan bahagian telah kita arah pulang hari ini bagi membantu penduduk yang terjejas dengan banjir," katanya.
Khairy berkata langkah ketiga menyaksikan Pemuda tidak perlu takut berdepan serangan pembangkang di arena politik dan segera tampil berdebat, jika perlu, untuk menerangkan sesuatu isu yang timbul.
Beliau berkata menerusi cara ini, generasi muda akan lebih mempercayai kredibiliti dan keupayaan Pemuda sekali gus tidak membenarkan pembangkang menang percuma.
Dalam pada itu, Khairy berkata Pemuda dan pihak berwajib akan membantu kira-kira 60,000 daripada 140,000 pemohon mendapatkan Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) secepat mungkin.
Katanya, status pemohon ialah sedang menjalani kursus dan pemeriksaan, 50,000 berjaya memperoleh lesen manakala bakinya adalah mereka yang mempunyai masalah kerana lokasi yang jauh, dan golongan ini akan menerima bayaran khas daripada Pemuda.
Program BL1M merupakan antara inisiatif Pergerakan Pemuda UMNO di bawah kelolaan Sekretariat Hal Ehwal Bandar bagi membolehkan penunggang motosikal muda memperoleh lesen B2 dengan kadar yang lebih murah.
Sementara itu, dalam sidang akhbar, Khairy ditanya berkaitan kemelut beliau dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung pembabitan Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan Tan Sri Annuar Musa, yang digantung FAM sebelum ini kerana mengkritik skuad kebangsaan.
Khairy sebelum ini dilapor menuduh FAM bersikap dwistandard apabila membiarkan Annuar, yang masih dalam penggantungan, membuat kenyataan media dan sidang akhbar.
Seakan mengeruhkan keadaan, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Datuk Taufek Abdul Razak mencabar Khairy memberi bukti berhubung dakwaan itu.
Jawab Khairy: "Di dalam akhbar, sudah ada banyak bukti beliau (Annuar) membuat sidang akhbar memperkenalkan pemain, siap ada gambar. Ada banyak kali (sidang akhbar). Waima satupun sudah cukup (untuk bukti).
"Itu aktiviti bola sepak. Seharusnya kena definisikan aktiviti bola sepak. Kalau minta saya bagi keterangan, segala gambar di dalam akhbar sudah cukup membuktikannya.
"Esok saya akan jumpa Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan minta pandangan mereka. Selepas itu barulah saya akan membuat keputusan," katanya.
Bernama
Thu Dec 05 2013
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.