awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda UMNO tubuh pasukan petugas aduan rakyat

Bernama
Bernama
10/03/2024
23:50 MYT
Pemuda UMNO tubuh pasukan petugas aduan rakyat
Dr Muhamad Akmal hadir pada program Hari UMNO Padang Besar Bersama Masyarakat di Kampung Baru Panggas, Chuping, semalam. - Foto Facebook UMNO Padang Besar
PADANG BESAR: Pemuda UMNO Malaysia menubuhkan pasukan petugas atau 'task force' aduan rakyat dalam usaha mendengar permasalahan sekali gus mengangkat isu berkenaan kepada kepimpinan Kerajaan Perpaduan.
Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh berkata pasukan petugas itu melibatkan Pemuda UMNO di semua negeri kecuali Sarawak dan mereka akan bergerak ke peringkat akar umbi dengan lebih aktif dan progresif.
"Kita akan pergi ke setiap pelosok dan kita nak dengar apa masalah isu nelayan dan juga mungkin pesawah dan sebagainya untuk kita angkat (kepada kerajaan)...kita nak bawa suara rakyat ini terus kepada pemimpin," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar di Dewan Wawasan, Kampung Baru Panggas di Chuping dekat sini semalam.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Padang Besar Ruzaini Rais.
Justeru Dr Muhamad Akmal meminta rakyat yang mempunyai perkara untuk disuarakan supaya menghubungi Pemuda UMNO di peringkat cawangan ataupun bahagian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pemuda UMNO
#aduan rakyat
#Akmal Saleh
#pasukan petugas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan