awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PEMULIH: Inisiatif yang mendengar denyut nadi serta suara hati rakyat - Cuepacs

Bernama
Bernama
28/06/2021
20:12 MYT
PEMULIH: Inisiatif yang mendengar denyut nadi serta suara hati rakyat - Cuepacs
Menurut Cuepacs, bantuan kewangan menunjukkan keprihatinan kerajaan dengan masalah dialami rakyat akibat impak COVID-19 dan perangsang untuk ekonomi berkembang semula.
KUALA LUMPUR: Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan semalam merupakan inisiatif yang mendengar denyut nadi serta suara hati rakyat yang begitu terkesan dengan masalah kewangan dan kehilangan punca pendapatan.
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dalam satu kenyataan berkata pembentangan pakej bernilai RM150 bilion itu secara jelas menunjukkan tiada pihak yang terpinggir dan tertinggal sama ada golongan B40, M40 serta T20.
"Antara perkara yang menggembirakan rakyat ialah pelaksanaan moratorium pinjaman selama enam bulan kepada semua individu tanpa syarat membolehkan rakyat merancang semula kewangan keluarga masing-masing tanpa perlu bimbang dikejar oleh pihak bank," menurut kenyataan itu.
Menurut Cuepacs lagi, bantuan kewangan secara terus oleh kerajaan melalui Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Khas Covid (BKC) yang baru diperkenalkan serta Bantuan Kehilangan Pendapatan menunjukkan keprihatinan kerajaan dengan masalah dialami rakyat akibat impak COVID-19, yang ia juga merupakan perangsang untuk ekonomi berkembang semula.
Selain itu, Cuepacs berharap Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan kerajaan sebelum ini dapat bergerak seiring dengan pakej rangsangan yang diumumkan semalam supaya ia memberi impak yang diharapkan oleh semua pihak.
"Cuepacs juga berharap semua rakyat dapat memberikan kerjasama menjayakan program vaksinasi kerana ia merupakan langkah terakhir untuk memastikan negara dapat keluar dari kemelut pandemik ketika ini. Kejayaan program vaksinasi akan menjadi pemangkin kepada kejayaan pakej rangsangan ekonomi dan bantuan kewangan yang dilaksanakan," menurut kenyataan itu.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan PEMULIH berjumlah RM150 bilion yang merupakan kesinambungan daripada tujuh program bantuan dan pakej rangsangan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM380 bilion yang dilaksanakan kerajaan Perikatan Nasional sejak pandemik COVID-19 melanda negara awal tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PEMULIH
#cuepacs
#B40
#M40
#T20
#masalah kewangan
#hilang punca pendapatan
#bantuan
#pakej rangsangan
#program vaksinasi
#bantuan kewangan
#pandemik
#COVID-19
#Moratorium
#bank
#Muhyiddin Yassin
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan