TAIPEI: Pemulihan al-Quran tulisan tangan berusia 500 tahun di Taiwan selesai pada Ahad, menurut Yayasan Amal Buddha Tzu Chi.
Manuskrip setebal 500 muka surat yang lusuh akibat faktor peredaran masa diberikan kepada pengasas yayasan amal itu, Cheng Yen sebagai hadiah pada tahun 2020 oleh sukarelawan Muslim Tzu Chi, Faisal Hu, dari Turkiye.
Bagaimanapun, Cheng Yen menemui kumbang rokok -- sejenis pepijat yang biasa ditemukan dalam buku lama -- pada manuskrip itu dan meminta bantuan Perpustakaan Negara Taiwan melalui Hu dan seorang lagi sukarelawan Wu Ying-mei, yang merupakan timbalan pengarah perpustakaan ketika kejadian, menurut perpustakaan berkenaan.
Menurut Agensi Berita Pusat (CNA), pemulihan manuskrip itu mengambil masa 35 bulan, termasuk jeda kira-kira satu setengah tahun akibat pandemik COVID-19, sebelum Hu, pengarah perpustakaan Tsao Tsui-ying dan pemulih dari 'Hospital Buku' perpustakaan menyerahkan al-Quran yang siap dipulihkan kepada Cheng Yen di Hualien pada Isnin.
Ia adalah kitab tertua dari Barat yang dipulihkan oleh perpustakaan, menurut Tsao, yang berkata kejayaan pemulihan teks agama mempunyai kepentingan sejarah dan merupakan pengiktirafan terhadap profesionalisme dan kepakaran pasukannya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 07 2023
Pemulihan al-Quran tulisan tangan berusia 500 tahun di Taiwan selesai pada Ahad, menurut Yayasan Amal Buddha Tzu Chi. -Foto Sinar Harian
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Pemulihan Al-Quran berusia 500 tahun di Taiwan selesai
Manuskrip itu diberikan kepada pengasas yayasan amal, Cheng Yen sebagai hadiah pada 2020 oleh sukarelawan Muslim Tzu Chi, Faisal Hu.