awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Penagihan dadah perlu dirawat, bukan tindakan undang-undang' - Dr Dzulkefly

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
30/01/2020
06:00 MYT
'Penagihan dadah perlu dirawat, bukan tindakan undang-undang' - Dr Dzulkefly
DR DZULKEFLY: Kerajaan bukan sahaja bertanggungjawab untuk menghentikan pengedar dadah tetapi juga memberi tumpuan kepada kempen pencegahan dadah yang berkesan. - Gambar Astro AWANI
Kerajaan akan melihat penagihan dadah dari perspektif penyakit yang perlu dirawat dan bukan dikenakan tindakan undang-undang.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, rakyat pula tidak seharusnya salah faham terhadap perubahan dasar itu kerana ia bukan untuk menghalalkan penagihan dadah, sebaliknya menggunakan pendekatan merawat mereka yang sengsara akibat dadah.
Jelasnya, perubahan dasar itu yang masih di peringkat permulaan dijangka mampu dilaksanakan sebelum berakhirnya penggal pertama pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
"Mereka ini telah terjebak dengan penyalahgunaan dadah atas apapun sebab, jadi kita mesti bersimpati dengan mereka.
"Mereka mesti disalurkan dengan kaedah dan ruang untuk dirawat dan segala kemudahan untuk dirawat.
"Mereka tidak seharusnya dihukum sehingakan sebaik sahaja mereka terjebak dalam perkara ini hampir-hampir sepanjang hidup atau masa depan mereka musnah.
"Polisi gamechanger ini akan menjadi garis masa sebelum berakhir penggal pertama untuk Pakatan Harapan (PH)," katanya.
BACA: Hukuman lebih berat untuk pemandu bawah pengaruh alkohol, dadah
TONTON: Bengkel Self Leadership Coaching (SLC) bantu bekas penagih mendepani realiti kehidupan
Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas merasmikan Persidangan 'Memikirkan semula Dasar Dadah di Malaysia dan Polisi Global mengenai Dasar Dadah' di Universiti Malaya (UM) di sini pada Khamis.
Antara panel persidangan adalah bekas Presiden Timor-Leste José Ramos-Horta, bekas Presiden Switzerland Ruth Dreifuss dan Presiden Pengasih, Ramli Abd Samad.
Dalam pada itu Dr Dzulkefly menjelaskan, Kerajaan bukan sahaja bertanggungjawab untuk menghentikan pengedar dadah tetapi juga memberi tumpuan kepada kempen pencegahan dadah yang berkesan.
Katanya, ia termasuk menyediakan rawatan ketagihan dadah yang lebih mudah untuk diakses.
"Dasar kita mestilah berasaskan bukti dan bukan kepercayaan atau persepsi peribadi. Saya menggesa semua pihak untuk meletakkan rakyat kita mengatasi politik kerana isu penyelesainnya adalah melangkau kaum, agama dan parti," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Dzulkefly Ahmad
#Jose Ramos-Horta
#kerajaan
#kesihatan
#Pakatan Harapan
#penagihan dadah
#politik
#Ramli Abd Samad
#Ruth Dreifuss
#Switzerland
#Timor-Leste
#UM
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan