awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penahanan di kelab malam: ADUN Pasir Bedamar buat laporan polis

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
15/01/2022
07:46 MYT
Penahanan di kelab malam: ADUN Pasir Bedamar buat laporan polis
Menurut Terrence, dia juga akan membuat kenyataan dalam masa terdekat mengenai penahanannya itu. - Gambar fail
IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Terence Naidu membuat laporan polis berhubung penahanannya di sebuah kelab malam di Perai, Pulau Pinang, Khamis lalu.
Dalam mesej ringkas kepada pemberita, ADUN DAP itu bagaimanapun tidak menjelaskan mengenai butiran laporan polis yang dibuatnya.
Menurutnya, dia juga akan membuat kenyataan dalam masa terdekat mengenai penahanannya itu.
“Saya telah membuat laporan polis dan akan membuat kenyataan,” katanya.
Sebelum ini, seorang ADUN dari Perak dilaporkan ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Perai kelmarin kerana disyaki positif dadah.
BACA: ADUN Perak positif dadah: Kertas siasatan diserah ke pendakwa raya minggu depan - Polis
BACA: ADUN Perak ditahan di pusat hiburan di P. Pinang
Sementara itu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, Terence Naidu telah diminta mengemukakan laporan bertulis kepada DAP berhubung penahanannya itu.
Menurutnya, laporan lengkap itu diperlukan agar pimpinan parti baik di peringkat negeri mahupun Pusat dimaklumkan situasi sebenar yang berlaku.
"Saya telah menghubungi Terence Naidu dan mengesahkan bahawa beliau telah ditangkap pada malam Khamis lepas.
"Beliau telah dibebaskan dengan jaminan polis, sehubungan itu saya telah meminta agar beliau mengemukakan laporan bertulis berhubung kejadian itu kepada parti," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Menurutnya, DAP memberi jaminan kepada orang ramai bahawa parti itu memandang serius kelakuan dan integriti setiap wakil rakyatnya.
"Mereka seharusnya menjadi contoh teladan sebagai orang yang telah diamanahkan untuk memimpin rakyat," katanya.
Topic Berkaitan
#ditahan di kelab malam
#Pasir Bedamar
#DAP
#Terence Naidu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan