Penahanan Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 dibuat berdasarkan bukti dan tiada kaitan dengan politik, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata penahanan itu dilakukan berdasarkan dokumen yang ditemui dipejabat Maria yang dilihat cuba menggugat demokrasi berparlimen negara ini.
"Pada 18 Nov, satu serbuan telah dilakukan di pejabat Bersih...hasil pemeriksaaan, kita menjumpai dokumen yang memberi petunjuk bahawa satu kesalahan telah dilakukan di bawah (Seksyen) 124c Kanun Keseksaan iaitu menggugat amalan demokrasi berparlimen di Malaysia.
Oleh kerana kita cukup alasan untuk menyiasat dia di bawah Seksyen 124c, kita menahan dia pada hari yang sama dan prosedur siasatan adalah di bawah SOSMA," katanya sambil menambah penahanan Maria tiada kaitan dengan Perhimpunan Bersih 5.0, Sabtu lepas.
Beliau berkata demikian dalam sidang media sejurus tiba daripada lawatan rasmi ke Manila di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.
Khalid bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kandungan dokumen yang dirampas dari pejabat Bersih itu.
Menurutnya, Maria turut mengaku menerima tajaan untuk Bersih daripada Open Society Foundation (OSF) yang diasaskan oleh George Soros.
"Kita semua tahu, apa OSF ini dan berapa banyak negara dah ditumbangkannya, jadi menjadi tanggungjawab PDRM untuk menyiasat dalam memastikan ketenteraman negara kita tidak diancam sesiapa sahaja," katanya.
Selain itu, Khalid berkata semua pihak harus memahami SOSMA, yang tidak terhad kepada kegiatan keganasan sahaja sebaliknya akta itu memudahkan penyiasatan dan pendakwaan kesalahan keselamatan dilakukan.
Dalam pekembangan lain, Khalid menafikan Maria menerima layanan buruk di lokap sepanjang penahanannya sejak Jumaat lepas.
-
"Apa juga layanan yang kita bagi dia sama seperti yang diterima tahanan lain, dan kita sentiasa mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Kita tidak ketepikan keperluan perubatannya, setakat ini doktor telah melawatnya tidak kurang tiga kali sejak penahanannya dan kita ada doktor yang bersedia 24 jam bagi mana-mana tahanan yang memerlukan," kata Khalid.
Pada Ahad lepas, keluarga Maria membuat laporan polis mendakwa beliau menerima layan buruk di dalam lokap selepas ditahan pada 18 Nov lepas. -- Bernama
Bernama
Wed Nov 23 2016
Khalid turut menafikan Maria menerima layanan buruk di lokap sepanjang penahanannya sejak Jumaat lepas. - Gambar fail
Tiada kemungkinan LRT Mutiara dibatalkan - Rafizi
Tiada kemungkinan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dibatalkan, walaupun terdapat pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.
“Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah” - YB Pasir Mas
Ahli Parlimen Pasir Mas bertanya apakah jaminan kerajaan untuk fitnah yang ada dalam media sosial tidak berterusan. “Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tenaga hijau dijual kepada Singapura merupakan lebihan TBB negara
Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang dibekalkan kepada Singapura bermula bulan ini adalah lebihan bekalan tenaga elektrik hijau dalam negara yang tidak digunakan ketika ini.
Program Digital Rakyat akan dilancarkan esok
Kementerian Digital akan melancarkan Program Digital Rakyat esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat seiring perkembangan ekonomi digital masa kini.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
AWANI Ringkas: KPM cadang perluas kelas hibrid ke 400 sekolah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MOT pinda Akta 333 tangani isu 'mat rempit'
Pindaan itu akan mewujudkan tafsiran lebih jelas berhubung aksi berbahaya mat rempit seperti menunggang motosikal secara melulu atau terlibat dengan perlumbaan haram di atas jalan raya.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
Pukul budak perempuan guna kayu, penjaga pusat jagaan anak yatim direman
Permohonan reman ke atas lelaki berusia 59 tahun itu dibuat bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Sultan Nazrin lancar buku berkaitan sejarah PDRM pertahan keamanan negara
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, hari ini berkenan melancarkan buku yang memaparkan sejarah dan pencapaian Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Berhibur di Golok: Tiga anggota polis akan ditukarkan - KPN
Tiga anggota polis yang dikesan melakukan aktiviti salah laku dengan mengunjungi pusat hiburan di Golok, Thailand akan ditukarkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Kertas siasatan pensyarah didakwa hina Nabi dirujuk ke AGC Selasa ini - KPN
Kertas siasatan berhubung kes seorang pensyarah yang didakwa menghina Nabi etika berceramah baru-baru ini, akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara pada Selasa.
Pensyarah didakwa hina Nabi sudah direkod keterangan - KPN
Seorang pensyarah yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW ketika berceramah di sebuah konvensyen baru-baru ini sudah direkodkan keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pada Isnin.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
GISB: Lebih 30 lagi tahanan SOSMA masih disiasat - KPN
Polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap lebih 30 lagi individu dikaitkan dengan GISBH yang ditahan mengikut SOSMA.
Op Global: Polis akan mohon sambung reman 24 ahli GISB termasuk CEO - KPN
Polis akan memohon lanjutan reman terhadap 24 pemimpin GISB termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya, yang dijadual tamat esok.
Op Global: 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISB dibeku - KPN
Sebanyak 206 akaun berkait Global Ikhwan Services and Business (GISB) yang melibatkan nilai lebih RM1.35 juta dibekukan, setakat ini.
Op Global: 127 ahli GISB ditahan, 34 individu di bawah Akta SOSMA - KPN
Seramai 127 individu dipercayai ahli Global Ikhwan Services and Business (GISB) ditahan polis setakat ini menerusi Op Global.
Taman Angkat terbukti bantu polis cegah jenayah - Ravindar Singh
Program Rakan Kolaborasi Taman Angkat dengan kerjasama rakan kolaborasi dan masyarakat dilihat membantu polis dalam mengekang jenayah.