awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penamaan calon: Ini 'checklist' untuk bakal YB PRU15

Astro Awani
Astro Awani
05/11/2022
00:00 MYT
Penamaan calon: Ini 'checklist' untuk bakal YB PRU15
Sabtu ini merupakan Hari Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.66 Bugaya, Sabah. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan Hari Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.66 Bugaya, Sabah pada 5 November (hari ini).
Kertas penamaan calon boleh diserahkan bermula 9 pagi hingga 10 pagi kepada Pegawai Pengurus di 222 Pusat Penamaan Calon (PPC).
Syarat kelayakan menjadi calon
  • Seorang warganegara Malaysia dan bermastautin di dalam Persekutuan (Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan) semasa pencalonan
  • Berumur tidak kurang daripada lapan belas (18) tahun pada hari penamaan calon
Seseorang itu boleh hilang kelayakan apabila mempunyai sekurang-kurangnya salah satu antara berikut:
  • Didapati atau disahkan sebagai orang tidak sempurna akal;
  • Seseorang bankrap yang belum lepas;
  • Seseorang yang memegang "jawatan berpendapatan";
  • Seseorang itu apabila telah dicalonkan untuk pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri atau menjadi Ejen Pilihan Raya kepada orang yang telah dicalonkan, dia telah gagal untuk mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya seperti yang dikehendaki oleh undang-undang di dalam masa dan cara yang dikehendaki;
  • Seseorang yang telah disabitkan dengan kesalahan oleh mahkamah di dalam Persekutuan (atau sebelum hari Malaysia di dalam kawasan-kawasan Sabah atau Sarawak atau Singapura) dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu (1) tahun atau didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit Malaysia (RM2,000.00) dan belum menerima pengampunan;
  • Didapati telah mendapat kewarganegaraan atau telah menggunakan hak kewarganegaraan negara asing atau telah membuat pengakuan taat setia kepada mana-mana negara asing.
Deposit
Seseorang yang ingin bertanding dalam pilihan raya dikehendaki mengemukakan wang deposit yang ditetapkan seperti berikut:
  • Pilihan Raya Parlimen- RM10,000.00
  • Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri- RM5,000.00
Jika wang deposit tidak disertakan, kertas penamaannya dianggap sebagai tidak lengkap dan Pegawai Pengurus berkuasa untuk tidak menerima kertas penamaan tersebut.
Calon juga hendaklah membayar deposit bahan kempen pilihan raya. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan calon tidak dibenarkan untuk memasang atau mempamer sebarang bahan kempen pilihan raya.
  • Pilihan Raya Parlimen- RM5,000.00
  • Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri- RM3,000.00
Jika disabit kesalahan di bawah Sekyen Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berkaitan dengan pekara tersebut, calon berkenaan boleh dihukum penjara selama tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.
Sumber: SPR
Topic Berkaitan
#PRU15
#penamaan calon
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan