KUCHING: Hari ini merupakan Hari Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.
Sebanyak 82 kerusi dipertandingkan di negeri terbesar negara ini, dengan pencalonan berlangsung antara pukul 9 dan 10 pagi.
Sejumlah 1,252,014 pengundi berdaftar layak untuk mengundi pada 18 Dis ini, dengan pengundian awal ditetapkan pada 14 Dis.
Buat kali pertama kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan empat parti komponen yakni Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Progresif Demokratik (PDP) - akan bertanding, sejak ia bertindak keluar daripada Barisan Nasional (BN) pada 2018.
Pada PRN Sarawak 2016 lepas, empat parti itu serta 'calon langsung' berjaya menawan 72 kerusi, termasuk dua yang dimenangi tanpa pertandingan, yakni di Bukit Sari and Bukit Kota.
Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg merupakan Pengerusi GPS, dan beliau juga adalah presiden PBB.
Beliau yang dikenali ramai dengan panggilan Abang Jo, akan bertanding di kawasan luar bandar, di Gedong buat kali pertama, meninggalkan kerusi Satok yang menjadi miliknya selama 40 tahun, untuk ditandingi oleh timbalan Pengerusi PBB Satok, Datuk Ibrahim Baki.
Jumlah calon bertanding dijangka melebih rekod 229 pada tahun 2016, berdasarkan kepada pengumuman oleh beberapa parti politik yang sudahpun menamakan calon masing-masing menjelang hari penamaan calon.
Ia termasuk DAP, PKR, Parti Sarawak Bersatu (PSB), Parti Bumi Kenyalang (PBK), Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi), Parti Bangsa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) dan PAS.
PRN terpaksa ditangguhkan pada pertengahan tahun ini disebabkan pandemik COVID-19, demi menjaga keselamatan rakyat.
Darurat di seluruh negara diisytiharkan dari Januari hingga Ogos, dan seterusnya di Sarawak dilanjutkan selama enam bulan lagi, namun ia ditarik kembali pada 3 Nov atas perkenan yang di-Pertuan Agong, yang memberi laluan kepada PRN Sarawak.
Bagi mengelak penularan jangkitan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan aktiviti kempen dalam kawasan Dewan Undangan Negeri masing-masing, namun kempen di luar kawasan yang ditandingi tidak dibenarkan.
Ceramah serta syarahan umum bagaimanapun dibenarkan di 64 kawasan Dewan Undangan Negeri yang memiliki liputan internet lemah, dan jumlah yang hadir tidak dibenarkan melebihi 50 peratus daripada kapasiti venue, atau 150 orang pada satu-satu masa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 06 2021
Pekerja pembersihan melakukan kerja-kerja sanitasi di Pusat Penamaan Calon N.73 Piasau bagi PRN Sarawak ke-12 di Kompleks Islam Sarawak, Miri, 5 Dis 2021. --fotoBERNAMA
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Kerajaan Perpaduan umum calon PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan - Zambry
Zambry memaklumkan bahawa pengumuman mengenainya akan dibuat sekitar dua hari sebelum penamaan calon.
PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei, penamaan calon 27 April
Hari pengundian awal ditetapkan pada 7 Mei dengan tempoh berkempen selama 14 hari.
Kerajaan guna 'delay tactic' elak PRK di enam Parlimen - Noh
Kerajaan akan menggunakan 'delay tactic' untuk memastikan enam Ahli Parlimen daripada Bersatu yang menyokong Perdana Menteri tidak dilucutkan jawatan bagi memberi laluan kepada PRK.
Himpunan #Reformasi100peratus bukan demonstrasi besar - Pengerusi Bersih
Perhimpunan #Reformasi100peratus yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 27 Februari akan datang bukan suatu demonstrasi besar-besaran.
Daftar Pemilih Tambahan Disember 2023 dibuka untuk semakan
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember Tahun 2023 (DPT BLN12/2023) yang telah diperaku dan diwartakan hari ini, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari hingga 17 Feb depan.
Pusat undi PRK Kemaman dibuka
Kesemua 49 pusat mengundi dengan 244 saluran bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, dibuka 8 pagi ini.
PRK Kemaman: Jangkaan 70 peratus keluar mengundi - SPR
Abdul Ghani berkata, jangkaan itu bagaimanapun bergantung keadaan cuaca hujan yang melanda Pantai Timur termasuk di Kemaman ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kemaman dibuka 9 pagi ini
Tempoh proses penamaan calon adalah selama sejam, sebelum calon yang layak bertanding diumumkan Pegawai Pengurus PRK.