awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penambahbaikan sistem TH bantu jemaah akses lebih pantas

Azlinariah Abdullah
Azlinariah Abdullah
13/05/2024
23:00 MYT
Penambahbaikan sistem TH bantu jemaah akses lebih pantas
Terdapat enam aplikasi yang digunakan oleh petugas dan jemaah merangkumi i-Sihat, THiJari, Haj Mobiliti, Stock & Inventory dan sistem Induk. - Astro AWANI
MEKAH: Buat kali pertama tahun ini, Lembaga Tabung Haji (TH) menggunakan Content Delivery Network (CDN) di mana sistem perkomputeran awan atau ‘cloud’ ditambah baik untuk diaplikasikan ke dalam semua sistemnya bagi memastikan capaian yang lebih pantas demi kepentingan semua 31,600 jemaah musim kali ini.
Ini kerana akses lebih pantas ke atas sebarang maklumat menjadi faktor utama kepada semua jemaah dan petugas haji lebih-lebih lagi dalam era digitalisasi di mana maklumat perlu dicapai tidak kira di mana atau pada bila-bila masa dengan menggunakan telefon pintar.
Bagi Pengarah Teknologi dan Maklumat Haji, Lembaga Tabung Haji (TH), Ashraf Ahmad, berbanding sebelum ini, TH yang membuat capaian data yang berada di Malaysia, mengambil masa untuk kembali ke Saudi iaitu lebih 300 milisaat (ms).
"Jika sekarang dengan penambahbaikan yang dibuat, capaiannya lebih pantas iaitu sekitar 20 ms sahaja," ujar beliau dalam satu sidang media kepada petugas media di sini, semalam.
Mengulas lanjut penambahbaikan itu, beliau berkata, terdapat enam aplikasi yang digunakan oleh petugas dan jemaah merangkumi i-Sihat, THiJari, Haj Mobiliti, Stock & Inventory dan sistem Induk.
Dengan adanya sistem yang lebih pantas, tambah beliau, beberapa penambahbaikan dapat dilakukan oleh TH bagi musim tahun ini antaranya termasuk mengenai penempatan bakal-bakal haji di Masyair.
"Kita mampu memperoleh data ahli keluarga dengan pantas untuk menempatkan ahli keluarga agar dapat tinggal bersama jemaah yang berkeperluan khas. Malah, penginapan di maktab-maktab juga kita boleh susun mengikut keluarga agar mereka sentiasa berdekatan demi kemudahan jemaah,” ujar Ashraf.
Menurut beliau, sistem itu dijangka sedia digunakan sepenuhnya dalam tempoh seminggu lagi.
Topic Berkaitan
#Tabung Haji
#jemaah haji Malaysia
#Content Delivery Network
#sistem perkomputeran awan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan