KUALA LUMPUR: Penanda aras berhubung pengeluaran sijil halal kepada usahawan akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, ia susulan satu perbincangan yang diadakan dengan Kementerian Perdagangan dan Industri (MITI) dan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) baru-baru ini.
"Kita akan selaraskan mengikut penanda aras yang telah ditentukan dan kita akan lihat semua syarat-syarat yang telah dikeluarkan.
"Dalam mesyuarat halal akan datang saya akan minta tempoh tertentu supaya diberikan satu penanda aras, lulus atau tidak lulus atau perlu pembaikan perlu ada tempoh dan bukan terlalu lama. Ini akan ditentukan Jakim, Halal Development Corporation dan MITI," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Mara Halal Industrial Park, di sini, hari ini.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan sukar mendapatkan sijil halal oleh sesetengah usahawan.
Sementara itu, dalam ucapannya beliau berkata, peluang bagi pembangunan industri halal sentiasa terbuka luas berikutan perdagangan halal di pasaran global diunjurkan mencecah RM22.34 trilion hingga 2030.
"Nilai pasaran halal domestik Malaysia pula diunjurkan meningkat kepada RM400 bilion, sekali gus menyumbang 11 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030," katanya.
Pada majlis itu Ahmad Zahid melancarkan penjenamaan semula Kompleks Industri Makanan Mara (KIMAR) kepada Mara Halal Industrial Park.
Beliau berkata, KIMAR merupakan salah satu penyumbang penting kepada pembangunan industri halal negara.
Katanya, ekosistem keusahawanan halal merangkumi kemudahan latihan untuk membangunkan modal insan, pembangunan perniagaan serta menyediakan kemudahan dalam bentuk fasiliti sokongan yang diperlukan oleh sesebuah perniagaan, seperti inkubator, premis perniagaan yang menepati spesifikasi industri halal, logistik halal serta akses kepada pasaran domestik dan antarabangsa.
Ahmad Zahid berkata, pencapaian Mara yang kini mempunyai hampir keseluruhan ekosistem keusahawanan halal tersebut adalah sesuatu yang membanggakan.
Beliau berkata, melalui program pembangunan industri halal yang dibangunkan Mara tahun lepas, seramai 12,500 usahawan telah menerima manfaat kemudahan keusahawanan menerusi latihan, geran peningkatan, pembiayaan perniagaan dan penyewaan premis.
Katanya, usahawan-usahawan tersebut telah berjaya menjana jualan tahunan sebanyak lebih daripada RM2 bilion dan telah mewujudkan lebih 15,000 peluang pekerjaan.
Ahmad Zahid turut merancang untuk melawat Mara Halal Industrial Park dalam masa enam bulan lagi dan ingin melihat pencapaian jualan yang lebih tinggi pada waktu itu. - BERNAMA
Bernama
Tue Feb 28 2023
Penanda aras berhubung pengeluaran sijil halal kepada usahawan akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Gambar BERNAMA
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan komited bantu mudahkan usahawan dapat sijil halal - Zulkifli
Pensijilan itu akan memberikan nilai tambah kepada perniagaan mereka selain meningkatkan kualiti dan diberkati sekali gus memperkasakan industri halal negara.
Kerajaan tidak pernah buat keputusan wajibkan sijil halal - Ahmad Zahid
Keputusan hasil kajian berhubung isu sijil halal ini hanya akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini.
Pertimbang sijil halal di premis makanan ‘mesra Islam’ - MIC
Vigneswaran berkata sekatan itu hanya akan membawa kesan domino kepada asas perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia.
Saya tidak takut, kita jumpa di mahkamah - Akmal Saleh
Menurut Muhamad Akmal, beliau bersedia untuk berhadapan dengan tindakan saman oleh Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 September 2024.
Isu sijil halal: 'Saya tak pernah persoal peranan Jakim, sijil halal' - Teresa Kok
Teresa Kok menjelaskan beliau tidak pernah mempersoalkan peranan Jakim termasuk langkah pematuhan sijil halal.
Sijil halal: Komen Teresa pendapat peribadi - Mat Sabu
Mohamad menganggap komen berkenaan pensijilan halal oleh Teresa Kok yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini sebagai "pendapat peribadi".
Isu sijil halal: Bincang dalam mesyuarat, tidak perlu timbul kontroversi - PM Anwar
Anwar berkata perkara yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum tidak perlu dijadikan isu sehingga menimbulkan kontroversi.
Daftar sijil halal, manfaatkan potensi besar industri halal di Sabah - Ewon
Sabah memiliki potensi yang besar dalam industri halal berdasarkan sumber bahan mentah dan barangan separa siap yang banyak.
Lagi kilang biskut di Taiping diserbu KPDN, guna logo halal tidak sah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak melakukan serbuan terhadap sebuah kilang biskut di Taiping yang menggunakan sijil halal tamat tempoh, semalam.