KUALA NERUS: Penantian 25 tahun seorang pemuda daripada golongan orang kurang upaya (OKU) untuk memiliki MyKad berakhir hari ini apabila dia menerima dokumen pengenalan diri itu menerusi Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Lebih istimewa kad pengenalan Hazbillah Rasid, 37, diserahkan sendiri oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Ruslin Jusoh kepada ibunya, Siti Meriam Ngah, 64, di kediaman mereka yang terletak di Kampung Kubang Tepak Manir di sini.
Siti Meriam berkata, Hazbillah yang lumpuh seluruh badan selepas diserang sawan akibat demam panas ketika berusia tiga bulan hanya mempunyai Sijil Beranak kerana dahulu keluarganya tidak mempunyai kenderaan untuk membawa anaknya itu mendaftar kad pengenalan di JPN.
"Saya tidak mahu susahkan orang untuk menumpang kereta pergi ke JPN, tetapi kira-kira dua tahun lepas apabila tahu ada program Mekar, adik-beradiknya yang lain terus membuat permohonan dan masalah Hazbillah akhirnya selesai hari ini," katanya ketika ditemui pemberita.
Ibu kepada enam anak itu berkata, dia bersyukur kerana walaupun tidak mempunyai kad pengenalan, anak kelimanya itu tetap layak menerima pelbagai bantuan kerajaan kerana pemimpin setempat banyak membantu memudahkan urusan mereka sekeluarga.
Sementara itu, Ruslin berkata, program Mekar JPN adalah program turun padang berkaitan urusan pengeluaran dokumen pengenalan diri seperti MyKad, dan Sijil Kelahiran kepada golongan OKU, warga emas, pesakit terlantar dan mereka yang tinggal di pedalaman.
"Ia adalah pendekatan produktif JPN dalam memastikan setiap penduduk Malaysia yang layak, mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah sekali gus membolehkan mereka menikmati pelbagai kemudahan yang ditawarkan kerajaan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Feb 05 2022
Hazbillah Rasid ditemani ibunya, Siti Meriam Ngah memegang kad pengenalan yang baru sahaja diterima selepas 25 tahun menanti. - Gambar BERNAMA
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Kes bunuh, bakar empat sekeluarga: Mahkamah Tinggi ketepi pembebasan lelaki OKU
Mahkamah Rayuan mengetepikan perintah pembebasan seorang lelaki OKU daripada tuduhan bunuh dan bakar empat sekeluarga di Tanjung Sepat, Kuala Langat.
Lelaki OKU tak mengaku rompak guna pistol tiruan
Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) didakwa atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan bersenjatakan pistol tiruan.
OKU didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja lelaki
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 17 tahun di masjid berkenaan pada 2.30 petang, 15 Mac lepas.
Perselisihan faham lama punca OKU disimbah air panas - Polis
Perselisihan faham lama dipercayai punca seorang wanita menyimbah seorang lelaki OKU dengan air panas dalam kejadian di dalam sebuah lif di Bayan Lepas.
Identiti lelaki rentung terbakar di Merbok sudah dikenal pasti
Mangsa yang berusia 60-an merupakan lelaki tempatan dan OKU hasil pengesahan ahli keluarganya.
Lelaki OKU direman tujuh hari dipercayai bunuh bapa
Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula Isnin bagi membantu siasatan kes seorang warga emas berusia 64 tahun yang ditemui mati di sebuah flat.
Lelaki OKU dipercayai cederakan individu tak bayar gaji, ditahan
Mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori dan kini dirawat di HSA Johor Bahru kerana mengalami kecederaan di bahagian tangan, muka dan telinga.
Lelaki OKU mangsa pemerdagangan di Myanmar rayu diselamatkan
Pemuda OKU yang dikenali sebagai Ah Choong itu merayu kepada kerajaan agar diselamatkan dengan segera.
Lelaki OKU hilang ditemukan selamat
Mangsa yang berusia lewat 40-an tahun itu ditemukan kira-kira jam 7.30 pagi oleh orang awam di kawasan Felda terbabit.
Penantian 25 tahun lelaki OKU miliki MyKad berakhir hari ini
Hazbillah hanya ada Sijil Beranak kerana dahulu keluarganya tidak mempunyai kenderaan untuk membawanya mendaftar kad pengenalan di JPN.