awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penarafan lebih baik bukti keyakinan S&P terhadap usaha Malaysia

Bernama
Bernama
28/06/2022
10:06 MYT
Penarafan lebih baik bukti keyakinan S&P terhadap usaha Malaysia
Mustapa berkata walaupun berdepan pelbagai cabaran, Malaysia masih mampu mengekalkan kadar pertumbuhan yang menggalakkan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Semakan semula prospek penarafan kredit berdaulat jangka panjang Malaysia kepada 'stabil' daripada 'negatif' oleh S&P Global Ratings membuktikan keyakinannya terhadap usaha-usaha konsolidasi fiskal dan memperkasa pertumbuhan ekonomi negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata walaupun berdepan pelbagai cabaran, Malaysia masih mampu mengekalkan kadar pertumbuhan yang menggalakkan.
‘’Ini dialu-alukan dan merupakan satu pengiktirafan kepada ketepatan dasar-dasar kita yang telah dilaksanakan di tengah-tengah pelbagai cabaran dalam keadaan geopolitik yang tidak menentu, ketidakpastian ekonomi dunia serta tekanan inflasi di banyak negara.
‘’Di masa hadapan, sudah pasti kita akan menghadapi keadaan yang terus mencabar tetapi dengan kemampuan yang ada, kita yakin kita akan dapat menguruskan negara sebaik mungkin untuk memastikan nasib rakyat Malaysia terbela,’’ kata Mustapa selepas merasmikan Sidang Kemuncak Ekonomi Digital dan Teknologi Dunia (WDETS) di sini hari ini.
Semalam, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata SP menyemak semula prospek penarafan Malaysia berikutan ia percaya negara berada pada landasan pemulihan ekonomi yang kukuh berbanding negara lain pada tahap pendapatan yang sama.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Mustapa Mohamed
#rakyat Malaysia
#Kadar pertumbuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan