awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2022 dibuka

Astro Awani
Astro Awani
01/08/2022
06:05 MYT
Pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2022 dibuka
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia membuka pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022) mulai hari ini dan akan ditutup pada 31 Ogos 2022. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia membuka pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022) mulai hari ini dan akan ditutup pada 31 Ogos 2022.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin mengumumkan perkara tersebut dalam satu sidang media yang diadakan di Angkasapuri.
Bertemakan ‘Kemuncak Kecemerlangan’ ASA 2022 yang seiring dengan sambutan Jubli Emas, bakal mempertandingkan sebanyak 72 kategori iaitu 43 kategori TV, 22 kategori Radio dan masing-masing satu Anugerah Khas Juri dan Tokoh Anugerah Seri Angkasa.
Buat julung kalinya juga, ASA 2022 memperkenalkan lima kategori Media Baharu iaitu Drama Pendek Menerusi Youtube Rasmi Terbaik, Sketsa Pendek Menerusi Youtube Rasmi Terbaik, Video Klip Hiburan Menerusi Youtube Rasmi Terbaik, Pesanan Khidmat Masyarakat Menerusi Youtube Rasmi Terbaik dan Drama Bersiri Menerusi Youtube Rasmi Terbaik.
ASA yang mulai dianjurkan pada tahun 1972 merupakan pengiktirafan Kerajaan dalam memartabatkan penggiat seni dan para karyawan industri kreatif tanah air.
Anugerah berprestij ini telah dianjurkan sebanyak 33 kali dan kembali dilaksanakan tahun ini dalam usaha Kerajaan merancakkan semula landskap industri kreatif yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada awal tahun 2020 susulan pandemik COVID-19.
Antara syarat utama penyertaan ialah rancangan yang pertama kali disiarkan di stesen penyiaran dan media sosial masing-masing antara 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2021.
Justeru, semua stesen penyiaran Kerajaan dan swasta adalah dijemput untuk mengemukakan pencalonan secara dalam talian bagi 72 kategori melalui laman web www.anugerahseriangkasa.gov.my.
Berikut senarai penuh pencalonan bagi Kategori TV dan Radio Anugerah Seri Angkasa 2022
1. KATEGORI TV:
DRAMA 1. Drama TV Terbaik 2. Drama TV Bersiri Terbaik 3. Pengarah Drama TV Terbaik 4. Skrip Drama TV Terbaik 5. Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik 6. Pelakon Wanita Drama TV Terbaik 7. Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbalk 8. Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik 9. Pelakon Komedi TV Terbaik 10. Pelakon Kanak-kanak TV Terbaik
BUKAN DRAMA (RANCANGAN) 11. Dokumentari TV Terbaik 12. Majalah TV Terbaik 13. Bicarawara TV Terbaik 14. Hiburan Muzikal TV Terbaik 15. Komedi TV Terbaik 16. Rancangan Agama TV Terbaik 17. Rancangan Sukan TV Terbaik 18. Liputan Sukan TV Terbaik 19. Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik 20. Animasi Tempatan TV Terbaik 21. Candawara (Game Show) TV Terbaik 22. Rancangan Realiti TV Terbaik 23. Promo TV Terbaik 24. PSA & Kapsul TV Terbaik 25. Montaj TV Terbaik 26. Pengacara TV Terbaik 27. Pengulas TV Terbaik
BUKAN DRAMA (BERITA EHWAL SEMASA) 28. Buletin Berita TV Terbaik 29. Liputan Berita TV Terbaik 30. Laporan Khas Berita TV Terbaik 31. Liputan Khas Siaran Langsung TV Terbaik 32. Penyampai Berita TV Terbaik 33. Wartawan TV Terbaik
TEKNIKAL 34. Jurukamera TV Terbaik (Single Camera Production) 35. Jurukamera TV Terbaik (Multiple Camera Production) 36. Suntingan Rancangan TV Terbaik 37. Penataan Cahaya TV Terbaik 38. Audio Rancangan TV Terbaik 39. Pengimbangan Muzik TV Terbaik 40. Set TV Terbaik 41. Tatarias TV Terbaik 42. Grafik TV Terbaik 43. Kesan Khas TV Terbaik
2. KATEGORI RADIO:
DRAMA 1. Drama Radio Terbaik 2. Skrip Drama Radio Terbaik 3. Pelakon Lelaki Drama Radio Terbaik 4. Pelakon Wanita Drama Radio Terbaik 5. Pelakon Pembantu Lelaki Drama Radio Terbaik 6. Pelakon Pembantu Wanita Drama Radio Terbaik
BUKAN DRAMA (RANCANGAN) 7. Majalah Radio Terbaik 8. Dokumentari Radio Terbaik 9. Bicarawara Radio Terbaik 10. Hiburan Radio Terbaik 11. Rancangan Interaktif Radio Terbaik 12. Rancangan Agama Radio Terbaik 13. PSA & Kapsul Radio Terbaik 14. Promo Radio Terbaik 15. Penyampai Radio Lelaki Terbaik 16. Penyampai Radio Wanita Terbaik 17. Pengulas Radio Terbaik
BUKAN DRAMA (BERITA EHWAL SEMASA) 18. Penyampai Berita Radio Terbaik 19. Buletin Berita Radio Terbaik 20. Liputan Berita Radio Terbaik
TEKNIKAL 21. Pengimbangan Audio Muzik Radio (Studio)Terbaik 22. Pengimbangan Audio Muzik Radio (Lokasi)Terbaik
KATEGORI MEDIA BAHARU 1. Drama Pendek Menerusi Youtube Rasmi Terbaik 2. Sketsa Pendek Menerusi Youtube Rasmi Terbaik 3. Video Klip Hiburan Menerusi Youtube Rasmi Terbaik 4. Pesanan Khidmat Masyarakat Menerusi Youtube Rasmi Terbaik 5. Drama Bersiri Menerusi Youtube Rasmi Terbaik.
Topic Berkaitan
#Anugerah Seri Angkasa 2022
#Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
#televisyen
#radio
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan