Seramai 2,709 calon mencapai keputusan lulus penuh untuk lima mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi 2012.
Manakala 21,779 calon pula lulus penuh empat mata pelajaran dalam peperiksaan yang diduduki.
Dalam keputusan yang diumumkan hari ini, lebih ramai pelajar yang mendapat purata nilai gred kumulatif (CGPA) 4.0 berbanding 2011.
Seramai 442 calon atau 0.86 peratus mendapat CGPA 4.0 berbanding 300 calon atau 0.59 peratus pada tahun sebelumnya.
Daripada 51,673 yang mengambil STPM pada tahun 2012, seramai 47,884 calon atau 92.67 peratus mencatatkan keputusan lulus penuh bagi sekurang-kurangnya satu mata pelajaran.
Jumlah itu juga menunjukkan peningkatan sebanyak 0.48 peratus berbanding 46,705 calon pada tahun 2011 yang mendapat keputusan sama.
STPM 2012 adalah yang terakhir yang akan diadakan di bawah format lama sebelum Kementerian Pelajaran merombaknya kepada format semester tiga tahun lalu.
Astro Awani
Mon Mar 18 2013
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
STPM 2023 catat PNGK Nasional 2.84, tertinggi sejak dilaksanakan
Keputusan STPM 2023 mencatatkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) nasional 2.84, tertinggi sejak peperiksaan itu dilaksanakan.
Rabun sejak lahir tidak halang Niki raih keputusan cemerlang STPM
Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata beliau tidak menyangka akan memperoleh keputusan dengan nilai Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.92 membabitkan lima mata pelajaran.
STPM 2021: 874 calon dapat PNGK 4.00
Daripada jumlah itu, seramai 584 calon atau 66.82 peratus adalah golongan B40.
STPM 2020: 741 calon raih PNGK 4.00, hampir 75 peratus golongan B40
554 calon bersamaan 74.76 peratus daripada jumlah itu merupakan calon dari golongan B40.
Calon STPM 2020 akui gementar, doakan terbaik untuk keputusan esok
Calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2020 akan menerima keputusan mereka bermula jam 11 pagi Khamis (1 Julai).
51,294 pelajar SPM, STPM Sabah mulakan sesi persekolahan bersemuka esok
Seramai 51,294 pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM dan STPM di Sabah akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka mulai esok.
Inisiatif internet lebih baik pada 2021, bantu golongan B40, calon SPM, STPM
Golongan isi rumah B40, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) berpeluang menikmati kemudahan Internet yang lebih baik pada suku pertama 2021.
Takwim persekolahan tahun ini tidak berubah
Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi berkata kementeriannya akan memberikan makluman berkaitan perubahan mengenai takwim persekolahan dari semasa ke semasa.
Perdana Menteri doakan kejayaan calon SPM, STPM
Dalam ucapan video di laman Twitter dan Facebook rasmi miliknya, beliau melahirkan harapan pelajar yang menduduki kedua-dua peperiksaan itu akan berjaya lulus cemerlang.
Pertambahan tempat matrikulasi tidak jejas pengambilan lepasan STPM ke universiti awam
Pertambahan 15,000 tempat untuk program Matrikulasi, tidak jejaskan proses pemilihan pelajar pengambilan lepasan STPM ke peringkat ijazah pertama di universiti awam.