awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencapaian membanggakan, PM Anwar ucap tahniah kepada Sofyank

Astro Awani
Astro Awani
21/04/2023
14:14 MYT
Pencapaian membanggakan, PM Anwar ucap tahniah kepada Sofyank
Mohamad Sofian atau popular dengan gelaran Sofyank mewakili Malaysia dalam pertandingan yang diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), anjuran pencipta video digital terkenal, Zach King.
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah buat pencipta kandungan digital, Mohamad Sofian Abdullah selepas dinobatkan sebagai pemenang Ultimate Vfx Challenge.
Mohamad Sofian atau popular dengan gelaran Sofyank mewakili Malaysia dalam pertandingan yang diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), anjuran pencipta video digital terkenal, Zach King.
Perdana Menteri menerusi ciapan di Twitter beliau berkata, daya kreatif seperti dipamerkan anak muda itu mesti dicambah dan terus digalakkan.
Tahniah saudara @sofyank96! Pastinya daya kreatif mesti dicambah dan digalak terus. Pencapaian saudara Sofyan ternyata satu kejayaan yang membanggakan negara di persada antarabangsa! #MalaysiaMADANI https://t.co/S44VXVNtPs
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) April 21, 2023
Tambah beliau, pencapaian Mohamad Sofian merupakan satu kejayaan membanggakan negara di persada antarabangsa.
Sementara itu, Mohamad Sofian di laman Instagramnya mendedikasikan kemenangan itu kepada semua rakyat Malaysia yang sentiasa menyokongnya selama ini.
“Saya nak kongsi kegembiraan yang saya rasa ini dengan semua yang sentiasa sokong kami. Kemenangan ini saya tujukan khas kepada anda semua.
Alhamdulillah!! Kita menang pic.twitter.com/WoscMjwywx
— sofyank96 (@sofyank96) April 21, 2023
“Dan saya nak ucapkan jutaan terima kasih juga kepada anda semua, dari tahun 2015 sampai sekarang, anda tidak pernah jemu menonton video-video saya.
“Saya sangat hargai semua yang anda komen, anda kongsi dan anda sokong daripada dulu sampai sekarang,” katanya.
Selain SofyanK, dua lagi peserta adalah Eva dari Netherlands dan Brandon dari United Kingdom.
Topic Berkaitan
#Sofyank
#Anwar Ibrahim
#Zach King
#Vfx Challenge
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan