Operasi mencari dan menyelamat (SAR) guru besar Sekolah Kebangsaan Tamat Keramat, Jashiah Rabu, 53, yang hilang sejak 10 hari lepas ditumpukan di sekitar kawasan anak sungai Kampung Buluh Telur.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R. Supramaniam berkata pencarian guru besar berkenaan akan melibatkan enam anak sungai dalam lingkungan dua kilometer radius dari perkampungan Orang Asli kampung itu.
"Polis akan terus berusaha menjejak Jashiah dan berharap menjumpai beliau dalam masa dua atau tiga hari ini," katanya ketika ditemui Bernama di pusat operasi.
Supramaniam berkata operasi SAR itu melibatkan 61 anggota terdiri daripada polis, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Veteran Komando Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan penduduk kampung berkenaan.
"Pasukan operasi SAR kini dipecahkan kepada enam kumpulan dalam mengesan mangsa yang hilang, apa yang kami harapkan adalah Jashiah ditemui dalam keadaan selamat," katanya.
Supramaniam berkata sebanyak 30 bungkus bantuan makanan kecemasan (Talian Hayat) berisi biskut, gula-gula, roti, lilin dan mancis akan ditempatkan di lokasi pencarian yang telah ditanda oleh polis sebelum ini.
"Bungkusan berkenaan hanya akan diletakkan setiap 300 meter bagi membantu Jashiah mendapat bekalan asas," katanya.
Sementara itu, salah seorang daripada sukarelawan yang terlibat dalam operasi itu, Khairul Annuar, 63, berkata beliau mendapat idea 'Talian Hayat' berdasarkan pengalaman lepasnya mengikuti beberapa operasi SAR sebelum ini.
"Saya mengharapkan Jashiah dapat mengisi tenaga selama 24 jam lagi dengan menemui bungkusan 'Talian Hayat" itu.
Selain makanan yang diberi kami juga meletakkan nota sebagai panduan kepada Jashiah untuk mencari jalan keluar," katanya.
Katanya, antara pesan yang ditulis dalam nota itu meminta agar Jashiah tidak panik, kekal berada di tempat 'Talian Hayat' dan menyalakan api bagi memudahkan pasukan penyelamat mengesan beliau.
BACA: Guru Besar hilang ketuk pintu rumah Orang Asli minta makanan - Anak
BACA: Veteran komando bantu operasi mencari guru besar hilang
Jashiah kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumahnya pada petang Jumaat dan apabila suaminya Ruzilan Omar, 57, pulang didapati pintu rumah mereka terbuka dan Jashiah tiada di rumah.
Difahamkan, Jashiah menghala ke kawasan Hutan Simpan Bukit Kutu selepas keluar daripada rumahnya di Taman Seri Seruling dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh kira-kira 10 kilometer.
Bernama
Sun Nov 01 2015

Pencarian guru besar (Jashiah Rabu) akan melibatkan enam anak sungai dalam lingkungan dua kilometer radius dari perkampungan Orang Asli kampung itu. - Gambar Fail

Kerajaan jamin harga RON95 tidak dinaikkan - PM
Kerajaan memberi jaminan bahawa harga petrol RON95 tidak akan dinaikkan untuk rakyat, walaupun cadangan berkenaan pernah dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet.

PKR perlu terus jadi teras kepada kerajaan - Amirudin
Keputusan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberikan petunjuk jelas mengenai hala tuju masa depan parti itu serta negara, kata Naib Presiden PKR Datuk Seri Amirudin Shari.

Banyak lori bantuan yang dibenarkan masuk ke Gaza dipintas penduduk terdesak - PBB
Cara terbaik untuk mengelak rampasan ialah dengan menyalurkan lebih banyak bantuan agar penduduk tidak berada dalam keadaan terlalu terdesak.

Biro Politik PKR adakan mesyuarat khas hujung bulan ini, tumpu program PRN Sabah - PM Anwar
Biro Politik PKR akan mengadakan mesyuarat khas pada 29 Mei ini bagi membincangkan mengenai persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Rafizi tokoh sesuai sertai 'payung besar' PRU16 - Annuar Musa
Annuar berpandangan bahawa Rafizi merupakan tokoh yang sesuai untuk menyertai satu koalisi politik nasional yang disifatkan sebagai payung besar.
AWANI Ringkas: Kesuma ingatkan majikan jaga hak pekerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tular: Penganggur diberkas, modus operandi sasar kereta tak berkunci
Seorang penganggur dipercayai aktif melakukan kegiatan curi menggunakan modus operandi menyasarkan kenderaan yang ditinggalkan dalam keadaan tidak berkunci.

Lelaki parah ditetak bekas suami kekasih
Angkara cemburu, seorang lelaki parah ditetak tiga individu termasuk bekas suami teman wanitanya di di Puchong, Subang Jaya pada Sabtu.
Wonda Kopi Kluang cemerlang, lebih 2 juta tin terjual
Edisi terhad Wonda Kopi Kluang yang diperkenalkan melalui kempen filem Keluang Man telah merekodkan jualan melebihi dua juta tin di seluruh negara.
ASEAN 25: Reruai, pameran ketengah keunikan produk dan budaya Malaysia
Reruai jualan dan pameran terbuka kepada orang awam bermula pada 23 hingga 25 Mei, manakala delegasi ASEAN pada 26 dan 27 Mei, melibatkan sejumlah 36 reruai dengan 25 pempamer.

Guru besar mati lemas kereta terhumban dalam sungai
Guru besar sebuah sekolah rendah di Kuala Nerang maut setelah kereta yang dipandunya terbabas ke dalam sungai di Kampung Lama, Tandop di sini, awal pagi tadi.

Guru perlu sabar hadapi cabaran pendidikan
Walaupun ada sesetengah pihak mempersoalkan kononnya guru tidak menjalankan tugas seperti biasa ekoran wabak COVID-19, namun guru-guru perlu bersabar dan terus komited.

Nor Hainei dipilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan 2020
Anugerah itu merupakan penghargaan tertinggi negara kepada guru-guru yang telah mencurahkan khidmat bakti dan jasa yang tidak ternilai dalam mendidik anak bangsa.

Keluarga guru besar mula terima kehilangan Jashiah Rabu
Jashiah kali terakhir dilihat jiran keluar dari rumahnya di Taman Seri Seruling, Kuala Kubu Bharu pada 23 Okt lepas.

Polis guna khidmat pasukan paranormal sebagai ikhtiar cari guru besar hilang
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) akan mengadakan bacaan Yasin di sekitar kawasan pondok yang dipercayai menjadi lokasi terakhir Jashiah Rabu dikesan, esok.

Pencarian Guru Besar hilang tertumpu di sekitar anak sungai - Polis
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) guru besar Sekolah Kebangsaan Tamat Keramat, Jashiah Rabu,53, yang hilang sejak 10 hari lepas ditumpukan di sekitar kawasan anak sungai Kampung Buluh Telur.

Guru Besar hilang ketuk pintu rumah Orang Asli minta makanan - Anak
Anak ketiga mangsa Mohamad Irfan Ruzilan berkata beberapa penduduk kampung menyatakan ibunya mengetuk pintu rumah penduduk untuk meminta makanan.

Sekolah tutup jika jarak penglihatan kurang 500 meter - Mahdzir Khalid
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Guru Besar boleh membuat keputusan menutup sekolah sekiranya jarak penglihatan di bawah 500 meter.