MALAYSIA
Pencarian pempengaruh Tengku Nizaruddin masuk hari ketiga, bomba guna dron

Operasi mencari mangsa yang juga dikenali sebagai Ija, dimulakan seawal 8 pagi melibatkan kira-kira 60 pegawai dan anggota polis serta pasukan bomba dan penyelamat. - Gambar fail
MUAR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, yang dipercayai hilang setelah kenderaan dipandunya terjunam ke dalam Sungai Tui, Jalan Bukit Kepong di sini, diteruskan untuk hari ketiga, hari ini.
Ringkasan AI
- Operasi mencari dan menyelamat pempengaruh permotoran Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, yang dipercayai hilang selepas keretanya terjunam ke Sungai Tui, memasuki hari ketiga dengan penyertaan sekitar 60 anggota polis dan bomba.
- Pencarian dilakukan menggunakan bot dan dron, namun setakat jam 10 pagi tiada petunjuk baharu ditemui; kes masih diklasifikasikan sebagai orang hilang dan siasatan menyeluruh sedang dijalankan.
- Mangsa, dikenali sebagai Ija, dipercayai hilang sejak 8 Julai apabila kereta Perodua Axia yang dipandunya ditemui dalam sungai tanpa kehadiran mangsa di dalam kenderaan tersebut.
Beliau berkata setakat 10 pagi ini, pihaknya masih belum menemukan sebarang petunjuk baharu.
"Kita akan maklumkan perkembangan terkini sekiranya ada penemuan atau petunjuk baharu dan saya minta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini.
"Kami tidak akan meninggalkan sebarang aspek atau unsur yang perlu disiasat termasuk elemen lain, siasatan akan terus dijalankan dan kini ia masih lagi dikategorikan sebagai orang hilang," katanya.
Selasa lepas, Bernama melaporkan Ija dipercayai hilang selepas kereta jenis Perodua Axia dipandunya terjunam dalam sungai berkenaan namun mangsa tidak ditemukan dalam kenderaannya itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami