awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencemaran bau: Empat LRA kembali beroperasi

Sinar Harian
Sinar Harian
10/10/2023
00:50 MYT
Pencemaran bau: Empat LRA kembali beroperasi
Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan kepada pengguna terjejas. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Empat Loji Rawatan Air (LRA) dihenti tugas sementara berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Selangor sudah mula beroperasi pada jam 4 pagi Selasa.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Ir Abas Abdullah berkata, empat loji itu ialah melibatkan Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dan LRA Rantau Panjang.
Bagaimanapun, katanya, masih terdapat gangguan bekalan dan tekanan air rendah di sebahagian kawasan di Wilayah Klang, Shah Alam, Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.
"Senarai kawasan sedang dikemaskini dan akan dimaklumkan pada masa terdekat.
"Bantuan alternatif melalui lori tangki telah digerakkan kepada pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis kritikal," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau memberitahu, Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan kepada pengguna terjejas.
Jelasnya, Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden tersebut dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa.
Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300.
Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Air Selangor dalam kenyataan awalnya di Facebook memaklumkan tiga LRA dihenti tugas sementara berikutan insiden pencemaran bau dikesan di Sungai Selangor pada Selasa.
Air Selangor memberitahu, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sedang bekerjasama dengan Air Selangor bagi mengenal pasti punca pencemaran air mentah di sepanjang Sungai Selangor. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan air
#LRA
#pencemaran bau
#Sungai Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan