Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah mengarahkan sebuah kilang sawit di Kluang, Johor untuk menghentikan operasi secara serta-merta selepas dipercayai menyebabkan pencemaran sungai, sehingga tarikh penggantungan lesennya ditarik balik oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor.
Pencemaran itu membabitkan Sungai Sembrong di Kluang.
Ketua Pengarah MPOB Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir dalam satu kenyataan berkata kilang itu boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan 15, Peraturan-Peraturan MPOB (Pelesenan) 2005 sekiranya ia terbukti gagal mematuhi arahan tersebut.
Pihak JAS Johor bertindak menggantung lesen operasi kilang sawit tersebut mulai 3 Jun hingga 2 Julai, 2020 atau sehingga jabatan berkenaan berpuas hati dengan tindakan rawatan sisa itu.
Menurut kenyataan itu, siasatan dijalankan susulan aduan yang diterima pada 2 Jun lepas yang dibuat oleh JAS bersama Jabatan Perikanan Cawangan Kluang serta wakil penduduk kampung dari Perkampungan Orang Asli Sedohok berikutan kejadian ikan mati.
Siasatan di kawasan sepanjang Sungai Sembrong menggunakan bot dan menyusuri sungai melalui daratan serta menjalankan persampelan secara in-situ.
Hasil siasatan oleh JAS dan MPOB mendapati air berwarna gelap itu disyaki dari aliran punca industri yang bercampur dengan air sungai.
Pegawai penguatkuasa juga mendapati berlakunya pelanggaran syarat-syarat lesen yang dikeluarkan oleh JAS yang berpotensi menyebabkan pencemaran akibat pelepasan efluen dari premis tersebut, kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 15 2020
Siasatan dijalankan susulan aduan diterima pada 2 Jun lepas, dibuat JAS bersama Jabatan Perikanan Cawangan Kluang serta wakil penduduk kampung berikutan kejadian ikan mati. - Gambar hiasan
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cuaca panas: Ibu bapa digalak buat aduan jika sekolah anjur aktiviti luar - Fadhlina
Aduan boleh dibuat di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kementerian Pendidikan (KPM).
EAIC perkenal talian aduan menerusi WhatsApp
Selain itu, EAIC masih mengekalkan penerimaan aduan melalui saluran sedia ada iaitu SPAPS di Portal EAIC, e-mel dan secara bersemuka.
KPDN Melaka terima 390 pelbagai aduan kepenggunaan
Antara aduan diterima membabitkan transaksi dalam talian iaitu tidak menerima barang atau perkhidmatan serta barang atau perkhidmatan diterima tidak seperti ditawarkan termasuk pakej umrah.
KKR terima 5,836 aduan menerusi aplikasi MYJalan, 1,203 diselesaikan - Nanta
Kementerian Kerja Raya telah menyelesaikan sebanyak 1,203 aduan daripada keseluruhan 5,836 aduan yang diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat 6 Dis lepas.
HTAR siasat dakwaan dawai ditinggalkan dalam saluran darah pesakit
HTAR memberi jaminan bahawa setiap aduan akan disiasat secara telus dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan tanpa mengabaikan hak-hak pelanggan.
3,750 aduan jalan rosak diterima menerusi MYJalan setakat 30 Okt
Sejumlah 3,750 aduan diterima melalui aplikasi MYJalan bagi tempoh 1 Ogos hingga semalam (30 Okt), antaranya berkaitan masalah jalan berlubang, kerosakan papan tanda dan perabot jalan.
116 aduan internet oleh Ahli Parlimen akan diambil tindakan - Fahmi
Fahmi merakamkan penghargaan buat kesemua Ahli Parlimen yang memberi kerjasama penuh dengan kementerian.
Orang ramai tidak digalak guna media sosial untuk salur aduan berkaitan bekalan - Fuziah
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menggunakan media sosial untuk membuat aduan berkaitan bekalan barangan keperluan.
Buat aduan buli secara terus di reruai KPM
Petugas di reruai akan menunjukkan cara untuk membuat aduan berkenaan kepada pengadu.
Polis Kedah terima 306 laporan sepanjang tempoh PRN
Polis Kedah menerima 306 laporan berkaitan pelbagai jenis aduan sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) bermula 28 Julai hingga 13 Ogos lepas.