IBU kota India dilanda jerebu apabila industri kembali dibuka dan kerja-kerja pembinaan beroperasi semula susulan penamatan sekatan COVID-19.

Pencemaran udara di New Delhi kembali ke tahap biasa iaitu tiga kali lebih tinggi daripada yang disyorkan secara rasmi.

Sekatan itu dikuat kuasakan selama beberapa bulan bagi membantu mengurangkan pencemaran udara ke tahap yang lebih selamat.

Penyumbang utama pencemaran udara di bandar itu adalah debu pembinaan disebabkan beberapa tapak pembinaan yang melanggar peraturan.

Bandar itu juga menyaksikan peningkatan kes COVID-19 dengan hampir 4000 kes baru dilaporkan dalam 24 jam lepas yang tertinggi dalam lima minggu terakhir.

Pencemaran udara yang meningkat dan musim perayaan Deepavali menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pakar kesihatan India mengenai peningkatan jangkitan baharu.