awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dari bilik darjah desa ke pentas dunia, tiga murid Orang Asli raih emas robotik antarabangsa
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penceraian perlu ikut prosedur undang-undang - Mohd Na'im

Bernama
Bernama
13/08/2024
11:00 MYT
Penceraian perlu ikut prosedur undang-undang - Mohd Na'im
Mohd Na'im bercakap kepada media sempena Majlis Perasmian Projek Wakaf Surau Al Marjan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Muda, Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri yang ingin bercerai perlu mengikut prosedur berlandaskan undang-undang sedia ada di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Beliau berkata pihak suami atau isteri perlu mengemukakan permohonan terlebih dahulu kepada mahkamah syariah di tempat mereka bermastautin bagi menentukan sama ada penceraian itu dibenarkan atau tidak.
"Penceraian merupakan perkara yang dibenci oleh Allah SWT walaupun ia halal tetapi pasangan perlu mengelakkannya dan mencari jalan pendamaian. Kalau nak bercerai pun, biar cara yang baik.
"Pihak suami atau isteri perlu memfailkan permohonan awal di jabatan agama kemudian ada unit kaunseling yang akan membantu mendamaikan mereka.
"Kalau ia tidak berjaya maka kena fail permohonan di Mahkamah Syariah di bawah Seksyen 47 (Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam) iaitu kebenaran untuk bercerai dan ia terletak kepada seorang hakim syarie (yang akan menentukan)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Surau Al-Marjan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Muda di sini hari ini.
Mohd Na'im mengulas isu penyanyi terkenal tanah air Datuk Nora Ariffin, 51, atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin, yang diceraikan talak satu oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli menerusi sebuah video sehingga tular di media sosial sejak semalam.
Menyentuh sama ada lafaz cerai itu sah atau sebaliknya, beliau berkata peruntukan Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam memberi kuasa kepada mahkamah untuk mengesahkan lafaz cerai yang dibuat di luar mahkamah.
"Tetapi penceraian sebegitu ada penalti iaitu denda RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. Penceraian di luar (mahkamah) walaupun sah tetapi adalah bertentangan dengan undang-undang semasa sebab tidak mendapat kebenaran daripada hakim syarie," katanya.
Justeru itu, Mohd Na'im menasihati seluruh rakyat Islam di Malaysia agar mematuhi peraturan dan undang-undang syariah sedia ada.
"Kebenaran diperlukan supaya kalau satu pihak (suami atau isteri) tidak setuju untuk bercerai atau tidak tahu salah masing-masing, perkara ini yang akan dibawa ke mahkamah... Mahkamah boleh dengar mana silapnya perkahwinan itu dan mungkin ia masih dapat diselamatkan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penceraian
#perlu ikut prosedur
#Mohd Na'im Mokhtar
#berlandaskan undang-undang
#Nora Ariffin
#rakaman video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan