SHAH ALAM: Penceramah bebas bergelar ustaz yang disyaki merogol remaja perempuan berusia 14 tahun akan diserah kepada polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Sabtu untuk tindakan lanjut.
Ia susulan tempoh reman selama lima hari terhadap suspek berusia lingkungan 30-an itu tamat pada Sabtu.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, reman terhadap lelaki itu akan tamat pada Sabtu (esok) dan akan diserahkan ke pihak polis Kuala Lumpur.
"Setakat ini laporan polis yang diterima babit kes itu masih kekal empat dengan masing-masing dua di Selangor, satu di Kuala Lumpur dan satu lagi di Perak.
"Kita menggesa sekiranya ada individu lain yang mendakwa menjadi mangsa untuk tampil bagi membantu siasatan pihak polis," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Sasikala berkata, berdasarkan siasatan awal, perkenalan antara suspek dan remaja perempuan itu dipercayai bermula apabila mangsa menghubungi lelaki terbabit di media sosial bagi bertanyakan masalah agama sebelum perkenalan terjalin sejak Mei tahun lalu.
Beliau berkata, polis turut menjalankan siasatan bagi melihat sama ada wujud unsur ugutan dilakukan suspek terhadap mangsa susulan berlaku beberapa hubungan intim sebelum ini.
“Siasatan juga masih dijalankan sama ada disebabkan perwatakan baik yang membuatkan mangsa percaya kepada suspek sehingga disyaki berlakunya kejadian berkenaan (rogol)," ujarnya.
Pada 16 Julai lalu, polis menerima satu laporan daripada mangsa yang mendakwa dirogol suspek.
Susulan itu, pada 18 Julai kira-kira jam 4.50 petang, suspek telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor untuk siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
*Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jul 22 2022

Pada 16 Julai lalu, polis menerima satu laporan daripada mangsa yang mendakwa dirogol suspek.- Gambar hiasan

Bangladesh larang penjawat awam buat perjalanan guna kemudahan kelas pertama
Sheikh Hasina pada Khamis menandatangani arahan melarang penjawat awam membuat perjalanan menggunakan kemudahan kelas pertama.

Guna laluan sah jika ingin ke Pasar Mundok - PGA
Orang ramai didapati menyeberang ke Pasar Mundok menggunakan bot penumpang yang berulang-alik melalui Sungai Golok.

Aplikasi COVID-19 Jerman kini dalam 'mod tidur'
Aplikasi Corona Warn tidak lagi dikemas kini atau dibangunkan sehingga notis selanjutnya selepas kontrak tamat pada 31 Mei.

Bali keluar panduan etika untuk pelancong
Pekeliling itu menyenaraikan 16 peraturan yang bertujuan untuk memelihara budaya, alam sekitar dan keselamatan Bali.

Paras risiko siber Malaysia bertambah baik ke 'sederhana' pada separuh kedua 2022
Nilesh Jain berkata peralihan positif itu berpunca daripada penambahbaikan dalam kesediaan siber.

Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC
Fasa 1 JENDELA telah mencapai 7.74 juta premis sedia untuk disambungkan dengan Internet gentian, melebihi sasaran awal 7.5 juta premis.

NASA uji pendekatan baharu kesan tsunami
Ia menggunakan isyarat GPS bagi mengesan gelombang di Lingkaran Api Pasifik.

Satu maut, dua cedera ringan akibat dipanah petir ketika memikat burung
Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera ringan selepas dipanah petir ketika sedang memikat burung di kawasan tanah lapang di Kampung Padang Tanjung, Marang, hari ini.

Piala Remaja Asia: Malaysia tamatkan cabaran di kedudukan keempat
Skuad hoki remaja lelaki kebangsaan menamatkan cabaran di tangga keempat Piala Remaja Asia 2023 selepas tumpas 1-2 kepada Korea Selatan.

Negara dijangka tidak akan berhadapan krisis bekalan air seperti 1998 - SPAN
Malaysia dijangka tidak akan berhadapan dengan krisis bekalan air seperti yang pernah dialami pada 1998 walaupun negara diramal mengalami fenomena El-Nino pada Jun hingga September ini.

Zakir Naik dilapor ditahan di Oman, dihantar pulang ke India
Agensi-agensi risikan India bekerjasama dengan pihak berkuasa Oman untuk menahan Zakir ketika lawatannya ke Oman pada Khamis.

Ustaz Azhar Idrus sudah dibenarkan pulang
UAI dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu sejak Selasa lalu.

Kesihatan Ustaz Azhar Idrus makin baik
Menurut sumber, walaupun dilihat bertambah sihat berbanding sebelum ini, Ustaz Azhar Idrus masih perlu menerima rawatan.

Ustaz Abdullah Khairi dakwa digam daripada program ceramah
Abdullah Khairi memaklumkan beliau 'digam' untuk dua program termasuk Forum Perdana berkenaan.

Penceramah bebas didakwa lagi atas tuduhan rogol remaja
Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang didakwa dilakukan di sebuah hotel, antara 2 pagi hingga 10 pagi, 3 Disember 2021.

Penceramah bebas didakwa sembilan pertuduhan rogol, amang seksual
Suami kepada tiga isteri itu didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap remaja perempuan yang kini berusia 14 tahun.

Penceramah bebas didakwa cabul ahli keluarga sendiri
Seorang penceramah bebas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di sini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap ahli keluarganya.

Pelaburan tidak wujud: Penceramah bebas mengaku tidak bersalah
Perbuatan itu didakwa dilakukan antara 30 Ogos 2019 dan 7 September 2021 di empat lokasi.

Cek tendang: Penceramah bebas mengaku tidak bersalah menipu
Seorang penceramah bebas mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melakukan penipuan dengan menyerahkan cek tendang.

Kes amang seksual selebriti: Polis terima 2 lagi laporan mangsa remaja
Polis Negeri Sembilan mendedahkan menerima dua lagi laporan membabitkan selebriti yang juga penceramah bebas yang ditahan di Selangor berkaitan kes amang seksual terhadap remaja bawah umur.