awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penceramah didakwa buat hantaran jelik terhadap Agong

Sinar Harian
Sinar Harian
11/07/2023
04:40 MYT
Penceramah didakwa buat hantaran jelik terhadap Agong
Ab Malik Hussain, 62, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad. - Gambar/ Sinar Harian
IPOH: Seorang penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa atas dua pertuduhan membuat hantaran jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong menerusi kumpulan WhatsApp, tahun lalu.
Tertuduh, Ab Malik Hussain, 62, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, bapa kepada dua anak itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain dalam kumpulan WhatsApp 'soal jawab tasawuf-(sufi)'.
Hantaran itu telah dilihat sekitar jam 8.30 malam di Batu 10, Kampung Pulau Padang Bota Kiri di dalam daerah Perak Tengah pada 22 November 2022.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.
Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Akmal Mod Said, manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Khazali Yin.
Terdahulu, Saiful Akmal mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.
Mohamad Khazali memohon jumlah itu dikurangkan atas alasan anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap. Dia merupakan penceramah di Kelantan dibayar sebanyak RM200 bagi setiap ceramah dengan tawaran empat ke lima ceramah sebulan.
Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 14 Ogos ini untuk sebutan semula kes. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penceramah bebas
#hantaran jelik
#Yang di-Pertuan Agong
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan