awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penceramah motivasi dakwa diugut, dikasari pegawai kaunseling ATM

Bernama
Bernama
12/11/2024
22:00 MYT
Penceramah motivasi dakwa diugut, dikasari pegawai kaunseling ATM
Mohammad Qayyum ketika membuat laporan polis selepas mendakwa diugut dan dikasari pegawai ATM. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seorang penceramah yang juga pesara pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat laporan polis selepas mendakwa diugut dan dikasari pegawai ATM pada satu program ceramah motivasi di Dewan Tun Templer, Kem Sungai Besi, di sini pada Jumaat lepas.
Mejar (B) Mohamad Qayyum Badaruddin, 56, mendakwa beliau telah dilemparkan dengan kata-kata kesat dan dikasari oleh seorang pegawai yang juga kaunselor, dipercayai dari Unit Kaunseling Markas ATM ketika hendak memberi ceramah kepada pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
"Sepatutnya sesi saya bermula 4 petang namun pegawai ini bertindak mengambil lebih masa hingga 4.20 petang. Saya telah bertanya bila sesinya akan habis, kerana saya perlu bergegas ke tempat lain.
"Pegawai tersebut telah menjawab 'sibuk kau ni, aku tumbuk nanti. Tak puas hati, jom settle luar' (Tak puas hati, jom selesai luar) padahal jawapannya itu tiada kena mengena dengan pertanyaan saya. Dia telah bertindak merangkul leher saya dan mengheret saya ke tepi sambil disaksikan lebih 200 pegawai kadet dan anggota tentera lain," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, pada Selasa.
Mohamad Qayyum berkata pegawai terbabit juga telah mengugut untuk menumbuknya sambil menambah beliau tidak perlu dihormati kerana bukan lagi seorang pegawai tentera.
"Walaupun saya bukan lagi pegawai tentera namun saya penceramah yang telah dijemput, tidak sepatutnya dia layan saya seperti itu.
"Saya mahu dia membuat permohonan maaf kerana saya mewakili puluhan ribu veteran. Kami tidak perlu dilayan sebegini kerana kami juga telah berjasa dan hingga hari ini, saya masih menyumbang bakti untuk menaikkan imej tentera dengan memberi ceramah dan menulis buku berkaitan ketenteraan kita," katanya.
Mohammad Qayyum berkata sejak kejadian itu, beliau masih belum dihubungi atau menerima sebarang bentuk permohonan maaf dari pegawai berkenaan mahupun pegawai ATM yang lain.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras ACP Aidil Bolhassan ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan pada Selasa dan kes masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penceramah
#pegawai kaunseling
#ATM
#diugut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan