Pertempuran di Kampung Tanduo kira-kira 30 kilometer dari Lahad Datu yang mengorbankan sekurang-kurangnya 2 anggota keselamatan negara tercetus selepas penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina mara keluar dari kubu mereka.
Tindakan itu dilihat tidak membayangkan ada tanda-tanda mereka akan berundur.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menerima taklimat mengenai kejadian memaklumkan kepada wartawan di Pekan, Pahang, pertempuran meletus selepas kumpulan bersenjata itu menyerang pasukan keselamatan negara.
"Saya mendapat maklumat dari Ketua Polis Negara (KPN) bahawa kejadian tersebut berlaku di luar jangkaan sama sekali disebabkan mereka telah mara 1.5 kilometer dari tempat mereka berkumpul selama ini, jadi dalam pertempuran secara mengejut itu, kita telah kehilangan dua anggota kita," kata Najib.
Najib menambah, tiga anggota keselamatan turut cedera.
"Laporan yang saya terima, mereka (kumpulan bersenjata) kehilangan antara 10 hingga 12 anggota mereka yang terkorban. Sekarang ini, kita telah pun menambahkan kekuatan kita dan mereka telah pun dikepung sepenuhnya," tambah Perdana Menteri.
Bot-bot peronda anggota tentera laut dan darat Malaysia telahpun dikerah untuk mengawal kawasan sekitar bagi mengelak anggota bersenjata ini melarikan diri.
Menurut Perdana Menteri, beliau menyerahkan kuasa penuh kepada Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera untuk mengendalikan keadaan.
"Saya sudah memberi mandat sepenuhnya kepada Ketua Polis Negara dan juga Panglima Angkatan tentera untuk melakukan apa sahaja tindakan yang perlu diambil kini kerana mereka telah mengakibatkan anggota kita terkorban," kata Najib.
Pada 12 Februari lalu, sekumpulan anggota bersenjata warga Filipina telah menceroboh masuk ke kawasan pesisir pantai Lahad Datu.
Kumpulan tersebut seramai 100 hingga 150 orang lengkap berpakaian seragam tentera dan bersenjatakan senjata api seperti M14, M16 dan .45mm dan juga beberapa senjata tajam diketuai Datu Agbimudin Datu Kiram yang didakwa sebagai Raja Muda Sultan Sulu.
Anggota kumpulan tersebut dipercayai terdiri dari suku kaum Sibutu, Simunul, Suluk dan Ayakan yang berasal dari Kepulauan Sibutu, Simunul, Pahlawan, Jolo dan Sulu.
Kebanyakan mereka dipercayai berumur dalam lingkungan awal 20an hingga 30an.
Penceroboh-penceroboh itu telah menyusup berlindung di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan kedatangan mereka menyebabkan ramai penduduk kampung itu keluar melarikan diri menuju ke Tanjung Labian di Lahad Datu untuk berlindung.
Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Filipina, Raul Hernandez mendakwa lebih 10 pengikut Sultan Sulu menyerah diri kepada pihak berkuasa Malaysia.
Maklumat itu diperolehi hasil pertemuan antara Duta Besar Malaysia ke Manila, Zamri Kassim dan Setiausaha Luar Filipina, Albert del Rosario.
Beliau juga memberitahu sidang media di Manila, baki anggota kumpulan bersenjata yang mendakwa tentera Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III melarikan diri dan diburu oleh polis Malaysia.
Sultan Sulu dan pengikutnya menuntut kedaulatan mereka diiktiraf. Pada masa sama, mereka juga mahu terma pajakan ke atas wilayah yang hari ini dikenali sebagai Sabah yang dipersetujui dengan sebuah syarikat Britain pada kurun ke-19 dirunding semula.
Terma pajakan itu diwarisi oleh kerajaan Malaysia selepas Sabah membentuk Malaysia dan jumlah sebanyak RM5,300 setahun terus dibayar kepada waris Kesultanan.
Kerajaan Malaysia dan Filipina sebelum ini menggesa kumpulan penceroboh bersenjata itu berundur.
Najib dalam satu sidang media awal menegaskan kerajaan memandang serius pencerobohan itu dan mengingatkan kumpulan penceroboh itu bahawa kesabaran Malaysia ada hadnya.
Perdana Menteri juga berpendapat kumpulan bersenjata itu sepatutnya menerima tawaran yang dibuat oleh kerajaan Malaysia iaitu keluar dari kawasan terbabit secara baik dengan secepat mungkin, bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku, kerana apa yang mereka lakukan adalah salah.
Astro Awani
Fri Mar 01 2013
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Bunuh pelajar kolej vokasional: Kesan darah ditemukan di lokasi kejadian
Saksi pendakwaan kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu terdapat beberapa kesan darah ditemukan di tiga bilik asrama di kolej berkenaan.
Bunuh pelajar kolej vokasional: Mangsa mengaku curi wang - Saksi
Seorang pelajar memberitahu dia mendengar Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, mengaku kepada seorang tertuduh bahawa dia ada mencuri wang.
JHL tembak mati empat buaya di Lahad Datu
Jabatan Hidupan Liar (JHL) menembak mati empat buaya jantan setiap satu berukuran lebih 3 meter dalam operasi tiga hari di sekitar Ladang Felda Sahabat 46, Tungku bermula Isnin lepas.
Polis siasat laporan khianat libat 11 kereta di Lahad Datu
Kejadian itu tular di media sosial dan warganet mendakwa terdapat 20 kereta yang terlibat dalam kejadian berkenaan, namun siasatan polis mendapati hanya melibatkan 11 kenderaan.
Tiga maut, dua parah dalam nahas tiga kenderaan di Lahad Datu
Kejadian melibatkan pertembungan tiga kenderaan iaitu sebuah Nissan Frontier, Proton Iswara Aeroback dan sebuah motosikal.
Kes Lahad Datu: Keputusan mahkamah setimpal dengan sifat, kezaliman tertuduh - Azalina
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ia juga satu keputusan yang positif kepada negara.
Ceroboh Lahad Datu: Hukuman mati terhadap tujuh warga Filipina kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap tujuh lelaki warga Filipina, termasuk anak saudara Jamalul Kiram.
Gajah Pygmy betina ditemukan mati di Lahad Datu
Seekor gajah Pygmy betina ditemukan mati di sebuah ladang sawit di Bagahak di Lahad Datu Isnin lepas.
Buaya baham pekerja ladang di Lahad Datu ditembak mati
Jabatan Hidupan Liar lepaskan lima das tembakan ke arah buaya itu bagi membolehkan mayat Rusdi Tambah diambil daripada mulutnya.
PM Anwar hadir majlis makan malam bersama kepimpinan kerajaan Sabah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis makan malam bersama barisan kepimpinan kerajaan Sabah di sebuah hotel di sini, malam ini.