Malaysian Tigress sedia pertahan emas Sukan SEA Thailand 2025

Malaysian Tigress akan membuka kempen Sukan SEA kali ini menentang Singapura pada 11 Dis, diikuti Indonesia pada 13 Dis, sebelum menutup aksi peringkat kumpulan menentang tuan rumah pada 16 Dis. - Gambar Facebook Malaysian Hockey Confederation
KUALA LUMPUR: Skuad hoki wanita kebangsaan bersedia mempertahankan pingat emas sekali gus mengukuhkan dominasi Malaysia di peringkat Asia Tenggara pada Sukan SEA Thailand 2025, yang dijadual berlangsung dari 9 hingga 20 Dis ini.
Ringkasan AI
- Skuad hoki wanita Malaysia bersedia mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA Thailand 2025 untuk mengukuhkan dominasi negara di Asia Tenggara.
- Pasukan hoki wanita Malaysia berperingkat ke-22 dunia, melebihi Thailand, Singapura, dan Indonesia, menjadikan Malaysia sebagai pasukan pilihan utama pada kejohanan tersebut.
- Malaysian Tigress akan membuka kempen menentang Singapura pada 11 Dis, diikuti Indonesia pada 13 Dis, sebelum bertemu tuan rumah pada 16 Dis dalam usaha mempertahankan prestasi emas sebelum ini.
"Kami kekal merendah diri, berdisiplin dan menghormati semua lawan. Standard kami ialah memberikan persembahan bertaraf tinggi dan sentiasa dahagakan kemenangan," katanya.
Edisi kali ini menyaksikan empat negara bertanding dalam acara hoki wanita iaitu Malaysia, Thailand, Singapura dan Indonesia.
Berdasarkan ranking semasa, Malaysia berada di kedudukan ke-22 dunia, mengatasi Thailand (28), Singapura (35) dan Indonesia (74), sekali gus mengukuhkan status skuad negara sebagai pilihan utama mempertahankan pingat emas yang diraih pada Sukan SEA 2023 di Kemboja.
Pada edisi lalu, skuad negara merangkul emas selepas menewaskan Thailand 4-1 pada perlawanan akhir.
Malaysian Tigress akan membuka kempen Sukan SEA kali ini menentang Singapura pada 11 Dis, diikuti Indonesia pada 13 Dis, sebelum menutup aksi peringkat kumpulan menentang tuan rumah pada 16 Dis.
Perlawanan separuh akhir dijadualkan pada 18 Dis membabitkan pasukan tangga pertama menentang keempat, manakala pasukan kedua bertemu ketiga dalam satu lagi aksi peringkat sama.
Malaysia kekal sebagai pasukan paling banyak meraih pingat emas acara hoki wanita, dengan lapan kemenangan sejak temasya dwitahunan itu diperkenalkan pada 1997 di Indonesia.
Berikut ialah senarai 18 pemain yang dipertanggungjawabkan membawa cabaran Malaysia pada Sukan SEA Thailand 2025:
| No | Nama | Posisi |
| 1 | Siti Zalia Nasir | Penjaga gol |
| 2 | Nur Hazlinda Zainal Abidin | |
| 3 | Juliani Mohamad Din | Pertahanan |
| 4 | Noor Hasliza Md Ali | |
| 5 | Khairunnisa Ayuni Mohd Sharuddin | |
| 6 | Nurul Fatin Fatiah Azman | |
| 7 | Anith Humaira Baharudin | |
| 8 | Hanis Nadiah Onn | Tengah |
| 9 | Nur Insyirah Effarizal | |
| 10 | Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad | |
| 11 | Dayang Nuramirah Abang Mahadini | |
| 12 | Nur Nabila Alia Yussaini | |
| 13 | Fatin Shafika Mahd Sukri | Penyerang |
| 14 | Nur Afiqah Syahzani Azhar | |
| 15 | Nuramirah Shakirah Zulkifli | |
| 16 | Siti Nur Arfah Mohd Nor | |
| 17 | Siti Zulaikha Husain | |
| 18 | Siti Nur Atika Shaikh Maznan |
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


