Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 4 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 4 Disember 2025.
Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre Mohd Akin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas empat pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM176,829.03 berhubung kelulusan lesen penerokaan mineral Sabah.
Beberapa calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Hulu Langat terkandas akibat banjir kilat pagi ini, namun berjaya tiba ke pusat peperiksaan dengan bantuan penduduk setempat.
Penyertaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) dalam Kabinet Sabah adalah bagi memastikan kestabilan politik di negeri itu, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Masidi Manjun.
Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin membayar ikat jamin RM150,000 yang ditetapkan Mahkamah Sesyen hasil kutipan dana yang digerakkan oleh rakan-rakan serta pimpinan parti.
Seorang guru disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha memberitahu Mahkamah Koroner hari ini bahawa beliau tidak mempunyai sebarang niat jahat atau cuba "melindungi" mana-mana pihak berkaitan kes Zara Qairina Mahathir.
MCMC) sedang membangunkan 10 perundangan subsidiari di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866) yang memfokus kepada isu berkaitan perlindungan kanak-kanak dalam talian, termasuk kandungan bersesuaian dengan peringkat umur pengguna kanak-kanak.
Kerajaan melalui Kementerian Kewangan akan meneliti cadangan menangguhkan pelaksanaan e-Invois Fasa 5 bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berpendapatan tahunan RM1 juta dan ke bawah.
Kementerian Luar terus memantau perkembangan melibatkan rakyat Malaysia susulan banjir besar dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan di Aceh, Sumatera Barat dan Sumatera Utara bulan lepas.
Pakatan Harapan (PH) menghormati keputusan rakyat Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, sambil mengakui isu legasi pembangunan dan sentimen warisan terhadap Persekutuan mungkin mempengaruhi kecenderungan pengundi.
Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15 melabuhkan tirainya hari ini selepas 35 hari bersidang sejak 6 Okt lepas dengan 15 Rang Undang-Undang (RUU) diluluskan termasuk RUU Perbekalan (Belanjawan) 2026.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


