PUTRAJAYA: Lima pegawai Jabatan Perlindungan Data Peribadi dan dua pegawai dari Cybersecurity Malaysia (CSM) telah menjalankan pemeriksaan di premis AirAsia berhubung siasatan ketirisan data peribadi lima juta penumpang dan kakitangan AirAsia.
Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, proses siasatan masih lagi dijalankan manakala beberapa dokumen dan maklumat turut diambil bagi membantu siasatan.
"Pada 15 Disember semalam pada Khamis, jam 2.15 petang, lima pegawai daripada Jabatan Perlindungan Data Peribadi dan dua pegawai dari Cybersecurity Malaysia (CSM) telah melakukan satu pemeriksaan di Premis Air Asia Group Limited dan sedang dalam proses mengambil beberapa dokumen dan peralatan berhubung isu masalah keselamatan data.
"Saya difahamkan proses itu sedang berjalan dan apa-apa maklumat tambahan berkait dengan isu pencerobohan data melibatkan syarikat-syarikat yang pernah diumumkan sebelum ini kita akan kemas kini dari semasa ke semasa," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan Amanah Menteri Komunikasi dan Digital di Putrajaya pada Jumaat.
Mengulas lanjut ujarnya, KKD akan terus mengambil langkah proaktif dalam memastikan isu ketirisan dan kebocoran data peribadi dapat ditangani.
"Setakat ini saya terima (maklumat) daripada pihak CSM dan JPDP ialah AirAsia, saya percaya mana-mana insiden berlaku sama ada CSM atau JPDP akan bersama sama Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan proaktif memastikan isu keselamatan data peribadi terjamin.
"Jadi kita sangat serius dalam isu ini dan akan ambil tindakan yang perlu berlandaskan undang-undang," katanya lagi.
Pada 12 November lalu, sistem pelayan AirAsia menghadapi serangan siber dipercayai berpunca daripada akses tanpa kebenaran, mengakibatkan serangan perisian tebusan.
BACA: Data peribadi 5 juta penumpang AirAsia didakwa bocor
Difahamkan, terdapat lima juta data peribadi penumpang dan kakitangan AirAsia dalam sistem pelayan terbabit.
Capital A pada masa sama telah mengarahkan untuk mengemukakan dokumen keterangan berserta bukti data berkomputer berkaitan untuk membantu siasatan.
Fareez Azman
Fri Dec 16 2022

Fahmi berkata, proses siasatan masih lagi dijalankan manakala beberapa dokumen dan maklumat turut diambil bagi membantu siasatan. - Bernama

Gempa bumi Turkiye-Syria: UNESCO bimbang kerosakan pada tapak warisan
UNESCO mengambil berat menegnai keadaan di bandar Purba Aleppo, Syria yang tersenarai sebagai "Warisan Dunia dalam Bahaya."

Penyelidik New Zealand hasilkan kajian terbaru mengenai bahaya banjir glasier
Tasik ini bahaya bagi mereka yang tinggal di hilir kerana banjir boleh berlaku secara tiba-tiba akibat kegagalan empangan semula jadi.

Tanah Runtuh | 40 maut, puluhan cedera di Peru
Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh susulan hujan lebat di Peru.

Tragedi MH17 | Putin didakwa luluskan bekalan peluru berpandu tembak jatuh pesawat
Pasukan penyiasat antarabangsa mendakwa mereka mempunyai bukti meyakinkan bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin menandatangani keputusan membenarkan sistem peluru berpandu Rusia masuk ke Ukraine.

Lawatan Rasmi PM | Respons positif petanda hubungan baik Malaysia, negara jiran
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir meluahkan kegembiraan selepas melihat lawatan Perdana Menteri ke negara-negara jiran sebelum ini berjalan lancar dan menerima sambutan baik.

Lawatan Rasmi PM | Teroka Ekonomi dan hubungan Malaysia-Thailand
Hal-hal ekonomi dan hubungan Malaysia-Thailand turut menjadi fokus lawatan dua hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand.

Lawatan Rasmi PM | Empat MoU bakal dimeterai dalam lawatan PM ke Thailand
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menyaksikan empat memorandum persefahaman (MoU) dimeterai sempena lawatannya ke Thailand pada 9 dan 10 Februari ini.

Parlimen Gua Musang | Mahkamah benar batal petisyen terhadap SPR, Pegawai Pengurus
Mahkamah Tinggi Kota Bharu membatalkan petisyen terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan seorang pegawai suruhanjaya itu yang difailkan oleh wakil calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen itu.

Gempa Turkiye | Tindak balas operasi menyelamat dipercepatkan
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengakui terdapat sedikit masalah dalam tindak balas pasukan penyelamat pasca gempa bumi yang menggegarkan selatan negara itu.

Misi Kemanusiaan | Malaysia-Turkiye bekerjasama atur gerak langkah operasi
Malaysia dan Turkiye akan bekerjasama dalam mengatur operasi misi kemanusiaan ke tenggara Turki yang terjejas akibat gempa. Ia bagi memastikan saluran bantuan dapat diperhalusi mengikut keperluan.

Pencerobohan data: Lima pegawai JPDP dan CSM periksa premis AirAsia - Fahmi
Proses siasatan masih lagi dijalankan manakala beberapa dokumen dan maklumat turut diambil bagi membantu siasatan.

Isu iPay88: K-KOMM ambil tindakan serta-merta
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) mengambil tindakan serta-merta berhubung insiden pencerobohan data penyedia perkhidmatan gerbang pembayaran iPay88 (M) Sdn Bhd.

Pemuliharaan Tasik Chini, pencerobohan data peribadi antara tumpuan Dewan Rakyat
Soalan berkaitan pemuliharaan Tasik Chini bakal diajukan Fuziah Salleh kepada Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Pinda akta libatkan keselamatan siber, pencerobohan data
Gobind Singh Deo berkata pindaan itu perlu dilakukan seiring pelbagai cabaran dan ancaman yang mendepani pengguna ketika ini.

Masyarakat tanpa tunai tidak akan hentikan jenayah
Penggunaan konsep 'cashless' menjadikan operasi perniagaan lebih mudah diurus di samping menjimatkan masa dan kos serta dipercayai selamat untuk dikendalikan.

Teruja buat #10yearschallenge? Hati-hati kerana...
Jika anda melayari laman sosial pada ketika ini, anda pasti menyedari akan cabaran #10yearschallenge yang menjadi trending di laman Instagram, Twitter dan Facebook.

Data peribadi PM Singapura digodam
"Penyerang menyasarkan data perubatan peribadi saya, secara khusus dan berulang kali," kata Lee Hsien Loong.