awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencerobohan tanah pusaka: Orang Asli Kg Kelaik harap dapat injunksi inter-parte

Isabelle Leong
Isabelle Leong
21/04/2021
07:04 MYT
Pencerobohan tanah pusaka: Orang Asli Kg Kelaik harap dapat injunksi inter-parte
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Orang Asli Kampung Kelaik, Ahak Uda, permohonan mereka akan didengar di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada Ahad ini susulan memperoleh injunksi interim pertama pada 18 Mac lalu.
PETALING JAYA: Jawatankuasa Bertindak Orang Asli Kampung Kelaik, Gua Musang, Kelantan berharap untuk mendapat injunksi inter-parte ((antara pihak) dalam kes saman terhadap 14 entiti termasuk kerajaan negeri Kelantan dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) atas dakwaan melakukan pencerobohan tanah pusaka milik mereka di Gua Musang.
Menurut Pengerusinya, Ahak Uda, permohonan mereka akan didengar di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada Ahad ini susulan memperoleh injunksi interim pertama pada 18 Mac lalu.
“Kami telah membuat laporan kepada pihak kerajaan negeri untuk mengadakan perjumpaan dan menulis surat.
“Kami telah membuat laporan kepada balai polis untuk berjumpa dengan Menteri Besar sendiri pada 2016 tetapi mereka tidak mengendahkan.
“Secara tidak langsung, saya mendapatkan perkhidmatan peguam untuk membantu kami di tanah adat kami di Kampun Kelaik,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pada Rabu.
Sementara itu, peguam yang mewakili Ahak dalam kes tersebut, Sachpreetraj Singh berkata, sekiranya permohonan injunksi inter-parte tersebut ditolak, pihaknya akan membuat rayuan.
“Jika kami gagal memperoleh injunksi inter-parte pada 25 April, berkemungkinan besar akan membuat rayuan.
“Kami melihat injunksi ini adalah amat penting kerana kami tidak boleh membenarkan lebih kemusnahan terhadap tanah Orang Asli.
“Jika kami tidak mendapat lanjutan injunksi berkenaan, kami akan membuat rayuan,” tegas Sachpreetraj.
Sebelum ini, permohonan tersebut dibuat oleh tiga orang wakil penduduk iaitu Ahak Uda, Aziz Angah dan Anjang Uda.
Mereka menamakan Syarikat Perlombongan Gua Musang Sdn Bhd, Redstar Capital Sdn Bhd, Aqua Orion Sdn Bhd, Damai Corporate Services Sdn Bhd, Sindiyan Sdn Bhd dan Sindiyan Agro Park Sdn Bhd, Ladang Kelantan Sdn Bhd, Ikrar Bumi Sdn Bhd, Ladang Ulu Nenggiri Sdn Bhd, Iliasco Engineering & Construction Sdn Bhd sebagai defendan pertama hingga ke-10.
Selain itu, ia turut melibatkan Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Kelantan, Pejabat Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan kerajaan negeri Kelantan selaku defendan ke-11 hingga ke-14.
Topic Berkaitan
#tanah pusaka
#Orang Asli Kg Kelaik
#injunksi inter-parte
#Gua Musang
#Jabatan Kemajuan Orang Asli
#Mahkamah Tinggi Kota Bharu
#Ahak Uda
#Jawatankuasa Bertindak Orang Asli Kampung Kelaik
#Sachpreetraj Singh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan