awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laporan siasatan kes Danish Irfan siap dua minggu lagi
JPJ Johor keluar 2,136 notis gagal patuhi peraturan jalan sejak Januari
Jumlah transaksi guna SARA, kes penipuan jual beli antara isu dikupas Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencuri tetak kepala pengawal keselamatan, larikan 70 iPhone

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
03/04/2023
10:26 MYT
Pencuri tetak kepala pengawal keselamatan, larikan 70 iPhone
Suspek memecah masuk sebuah kedai telekomunikasi dan mengambil kira-kira 70 telefon bimbit jenis iPhone diangarkan bernilai RM300,000. - Gambar hiasan
TELUK INTAN: Seorang pengawal keselamatan ditetak di kepala dalam kejadian samun kedai telekomunikasi di Kompleks Menara Condong, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, suspek turut mengikat kaki dan tangan pengawal keselamatan berusia lewat 60-an itu sebelum dia dikunci di dalam tandas kompleks berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, mangsa hanya mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu.
"Terdahulu, pengawal keselamatan itu yang sedang berehat di kaunter tandas telah didatangi seorang suspek, dipercayai lelaki.
"Suspek membawa sebilah kapak dan mengacukan senjata itu ke arah mangsa, sebelum berlaku pergelutan antara mereka.
“Suspek kemudiannya telah menetak bahagian atas kepala mangsa lalu membawanya masuk ke dalam tandas dan mengikat kaki serta tangannya. Dia kemudian mengunci mangsa dari luar tandas,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, suspek kemudian memecah masuk sebuah kedai telekomunikasi di dalam kompleks berkenaan dan mengambil kira-kira 70 telefon bimbit jenis iPhone diangarkan bernilai RM300,000.
Ahmad Adnan berkata, pemeriksaan pihak polis di tempat kejadian berjaya menemui beberapa barang kes yang boleh membantu siasatan dan usaha diteruskan untuk mengesan suspek.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menyalurkannya kepada IPD Hilir Perak di talian 05-62992222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Topic Berkaitan
#curi iPhone
#kompleks menara condong
#tetak pengawal keselamatan
#Teluk Intan
#IPD Hilir Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan