awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
Pasukan Petugas Industri Labuan diberi tempoh tiga bulan kemuka cadangan penyelesaian - Hannah
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencuri tunggu masa nak masuk rumah, jadi saya tak nak pindah!

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
29/11/2017
09:06 MYT
Pencuri tunggu masa nak masuk rumah, jadi saya tak nak pindah!
Mangsa banjir bimbang rumah dimasuki pencuri ketika berada di pusat pemindahan
Nasir Ahmad mengambil keputusan untuk tidak berpindah biar pun seluruh kawasan rumahnya sedang berdepan bah.
Datuk berusia 63 tahun itu tinggal bersama isteri dan cucunya di Kampung Siput, Meranti, di bawah jajahan Pasir Mas.
Walaupun seluruh kampungnya sedang ditenggelami banjir sedalam antara satu hingga 1.5 meter, Nasir tetap berkeras tidak mahu berpindah.
Alasannya, beliau bimbang rumahnya dimasuki pencuri.
“Saya tidak mahu berpindah, banjir terburuk pada 2014 pun saya tetap di rumah ini,” kata Nasir ketika ditemui Astro AWANI.
TONTON: #AWANIbyte ada panduan & langkah menghadapi banjir
Apa yang terbuku di benak hati Nasir serta keluarganya bukan sesuatu yang asing dalam kalangan mangsa bah.
Resah dan gelisah warga emas ini mewakili rasa tujuh lagi keluarga membabitkan 34 orang yang enggan berpindah di kampungnya.
“Kalau dah tinggal rumah, pasti ada benda tidak diundang akan datang ke rumah,” jelas Nasir.
Tindakan Nasir serta enam keluarga lain itu merisaukan pasukan bomba yang sedang bertungkus-lumus menggerakkan operasi pemindahan.
Pengarah JBPM Kelantan, Nazili Mahmood merayu agar Nasir mendengar nasihat berpindah kerana bimbang keselamatan nyawa warga emas itu serta keluarga.
“Tolonglah dengar nasihat berpindah sebab kita khuatir kalau keadaan buruk pada waktu malam, dan situasi itu menyukarkan operasi menyelamat,” rayu Nazili.
BACA: Siap siaga agensi pengurusan bencana pada skala 10/10
Berdasarkan tinjauan Astro AWANI hari ini, lebih 2,200 keluarga di Pasir Mas terpaksa berpindah, jumlah tertinggi mangsa banjir di bumi Cik Siti Wan Kembang setakat ini.
FOKUS #HariIni8 malam ini: http://www.astroawani.com/video-malaysia/fokus-hari-ini-8-malam-paras-air-terus-meningkat-183005
Topic Berkaitan
#Bahaya Banjir
#banjir kelantan
#Banjir Kelantan 2017
#Banjir Pasir Mas
#Berita Terkini Banjir Kelantan
#jbpm kelantan
#MKN Kelantan
#nasihat bomba
#Operasi pemindahan banjir
#Pencuri masuk rumah
#Tidak mahu pindah
#tips banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan