MALAYSIA
Pendaftaran kad SIM prabayar guna MyDigital ID menjelang hujung tahun - Fahmi

Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil ketika sidang media mingguan Kabinet di Menara Komunikasi hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Semua syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) akan diarahkan untuk melaksanakan proses pendaftaran kad SIM prabayar menggunakan MyDigital ID menjelang hujung tahun ini.
Ringkasan AI
- Kerajaan wajibkan pendaftaran SIM prabayar guna MyDigital ID menjelang hujung tahun ini bagi meningkatkan keselamatan dan pengesahan identiti pengguna.
- MCMC akan keluarkan garis panduan terperinci, manakala kerajaan juga menilai semula had maksimum kad SIM yang boleh didaftarkan atas satu nama (kini lima kad per telco).
- Langkah ini sebahagian usaha tutup kelompongan keselamatan digital, termasuk isu pengesahan umur di platform media sosial seperti TikTok.
"Ini hasil daripada keputusan mesyuarat MED4IR semalam dan dijangkakan menjelang hujung tahun, sama ada bulan November ataupun Disember.
"Pendaftaran itu menggunakan MyDigital ID, maka ada beberapa aspek keselamatan yang akan lebih baik," katanya dalam Sidang Media Mingguan di sini pada Rabu.
Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata kerajaan sedang menilai semula jumlah maksimum kad SIM yang boleh didaftarkan atas satu nama, kerana angka semasa didapati terlalu tinggi.
"Ketika ini, seorang boleh mendaftar lima kad SIM dengan satu telco . Tapi aspek ini yang kita sedikit risau kerana memang hasrat kita adalah untuk memastikan aspek keselamatan termasuk pengguna media sosial.
"Jadi pendaftaran nombor-nombor telefon ini juga merupakan salah satu cara untuk kita menutup kelompongan," ujar beliau lagi.
Hari ini, akhbar The Sun melaporkan bahawa rancangan kerajaan untuk memperketat pengesahan umur di platform seperti TikTok berisiko tidak berkesan sekiranya Malaysia tidak terlebih dahulu menangani kelemahan dalam sistem pendaftaran kad SIM dan identiti digital.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami