awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendaftaran universiti bagi pengambilan Oktober ini dipermudah bagi pelajar B40

Bernama
Bernama
19/09/2024
12:00 MYT
Pendaftaran universiti bagi pengambilan Oktober ini dipermudah bagi pelajar B40
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud menjawab persoalan yang diajukan dari wakil IPT pada Program Kepimpinan Muda Kebangsaan Karisma :Pemikir MADANI Siri 3 di Kementerian Pendidikan Tinggi hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi memberi jaminan bahawa tiada pelajar daripada golongan B40 akan tercicir daripada akses pendidikan di negara ini hanya kerana masalah yuran pendaftaran.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata kementerian itu telah meminta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menerima pendaftaran pelajar ke institut pengajian tinggi awam (IPTA) bagi kemasukan Oktober ini terlebih dahulu dan isu berkaitan yuran boleh diselesaikan kemudian.
"Itu cadangan daripada Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir...inti pati (gist) daripada itu adalah kita tidak mahu mana-mana golongan terutama B40 ini tercicir daripada akses pendidikan negara kita hanya kerana masalah yuran," katanya kepada media pada Program Kepimpinan Muda Kebangsaan Karisma: Pemikir MADANI siri tiga di sini hari ini.
Mustapha berkata langkah itu bagi memudahkan proses kemasukan pelajar terutama bagi mereka yang menghadapi masalah kewangan.
Beliau berkata bagi pelajar yang memohon pinjaman PTPTN, wang pendahuluan pinjaman (WPP) berjumlah RM1,500 disediakan sebelum mereka mendaftar di IPTA dan Politeknik.
"Ramai pelajar mungkin tidak maklum tentang perkara ini. Jadi, kepada mereka yang tidak tahu atau masih mengalami kesulitan untuk mendaftar, jangan risau. Menteri telah memberi jaminan bahawa pelajar boleh mendaftar dahulu dan hal-hal berkaitan yuran akan diuruskan kemudian.
"Kita juga berharap pihak universiti maklum tentang perkara ini dan memastikan tiada pelajar yang tercicir hanya kerana masalah pendaftaran. Kita tidak mahu pelajar terhalang daripada melanjutkan pelajaran mereka hanya kerana isu ini," katanya.
Terdahulu, Zambry berkata semua pentadbir universiti awam perlu menerima masuk pelajar kurang berkemampuan yang mendapat tawaran termasuk menangguhkan bayaran yuran pendaftaran.
Beliau juga meminta agar pihak universiti menguruskan bantuan awal pengajian menerusi PTPTN kepada mahasiswa yang kurang berkemampuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan Tinggi
#pendaftaran universiti
#golongan B40
#PTPTN
#Mustapha Sakmud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan