awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendaki alami sejuk melampau diusung sejauh 8.5km untuk dapat rawatan

Sinar Harian
Sinar Harian
25/06/2024
01:15 MYT
Pendaki alami sejuk melampau diusung sejauh 8.5km untuk dapat rawatan
Pendaki dibawa turun oleh pasukan MOSAR dari Panalaban selepas mengalami gejala sejuk melampau dan muntah-muntah. - Foto Sinar Harian
RANAU: Seorang pendaki Gunung Kinabalu yang mengalami gejala kesejukan melampau terpaksa diusung sejauh 8.5 kilometer ke Pondok Timpohon, Kundasang bagi mendapatkan rawatan pada Isnin.
Lelaki berusia 34 tahun itu dibawa turun oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) dari Panalaban selepas turut mengalami simptom muntah-muntah.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Talib berkata, Pasukan Bomba Bantuan (PBB) MOSAR menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.55 petang.
"Laporan kecemasan itu melibatkan seorang pendaki lelaki mengalami gejala kesejukan melampau dan muntah-muntah.
"Pasukan MOSAR bertindak memberikan rawatan awal dan seterusnya membawa mangsa turun ke Pondok Timpohon menggunakan 'robertson strecher'," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
"Operasi ditamatkan pada jam 9.20 malam selepas mangsa diserahkan kepada ambulans untuk dibawa ke hospital," katanya.
Sebelum itu, mangsa difahamkan telah berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu pada hari yang sama sebelum berhasrat untuk turun selepas misinya selesai. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pendaki
#Gunung Kinabalu
#sejuk melampau
#muntah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan