awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga runcit diesel di Semenanjung naik 4 sen, RON97 dan RON95 kekal
SARA: Kerajaan teliti perluas barangan boleh dibeli termasuk makanan sejuk beku
RUU Jenayah Siber dijangka dibentangkan Mac ini - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendakian Gunung Kinabalu dibuka semula kepada orang awam

Bernama
Bernama
19/09/2021
13:58 MYT
Pendakian Gunung Kinabalu dibuka semula kepada orang awam
Jumlah pelawat ke destinasi itu juga dihadkan hanya seramai 100 orang pada satu hari untuk setiap destinasi lawatan. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Semua pejabat dan stesen Taman-Taman Sabah (TTS), termasuk pendakian Gunung Kinabalu telah dibuka semula kepada orang awam bermula 16 Sept lepas, kata Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin.
Beliau berkata kawasan Taman Pulau-Pulau Penyu di Sandakan dan Pulau Bohey Dulang, Semporna dan Sub Stesen Ulu Kimanis pula mula beroperasi semula esok.
"Bagaimanapun pembukaan taman itu terhad kepada peraturan yang telah ditetapkan seperti para pelawat yang lengkap divaksinasi COVID-19 sahaja dibenarkan. Pelancong domestik dari daerah yang sama sahaja (dibenarkan)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata jumlah pelawat ke destinasi itu juga dihadkan hanya seramai 100 orang pada satu hari untuk setiap destinasi lawatan.
"Semua aktiviti yang dibenarkan dalam taman tertakluk kepada prosedur prosedur operasi standard (SOP) pengoperasian stesen TTS selaras dengan Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 yang telah dikemas kini pada 11 Sept lepas," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gunung Kinabalu
#dibuka
#pendakian dibenarkan
#vaksinasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan