KUALA LUMPUR : Pendakwaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor dilihat satu ancaman terbesar Pakatan Harapan (PH) terhadap beliau menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, walaupun pendakwaan itu adalah dibuat oleh sistem perundangan tetapi dalam konteks PRN, ia tidak boleh dipisahkan kesan politik daripada apa yang berlaku.
Malah katanya dalam konteks PRN, Pas turut mengakui Muhammad Sanusi adalah 'panglima' hadapan.
"Kalau sudah sampai nak heret Sanusi ke mahkamah, nak tuduh dia di mahkamah, ini adalah serius. Kalau kita nak letakkan konteks ini, konteks adalah Sanusi untuk PRN ini adalah ancaman terbesar PH.
"Saya rasa kita setuju dengan sokongan penonton di YouTube Keluar Sekejap hingga 600,000 tontonan. Jadi dia adalah antara ancaman terbesar," katanya dalam Podcast Keluar Sekejap bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan pada Rabu.
Tambah Khairy, walaupun laporan polis dibuat oleh Majlis DiRaja Selangor terhadap Muhammad Sanusi tiada kaitan dengan politik tetapi kuasa pendakwaan adalah di bawah Pejabat Peguam Negara (AGC).
Ujarnya, sebarang keputusan pendakwaan penting seperti ini yang ada implikasi politik pasti akan dimaklumkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebelum ia dilaksanakan.
"Perdana Menteri boleh kata, saya tiada pilihan sebab AGC mengesyorkan dan sebagainya, tetapi mesti ada pertimbangan politik," kata Khairy.
Sementara itu, Khairy dan Shahril juga setuju dengan keputusan AGC berkenaan tindakan yang dikenakan kepada individu termasuk pemimpin yang disiasat melibatkan isu 3R (Bangsa, Agama dan Institusi Diraja).
Shahril mendakwa, persoalan yang sah juga diutarakan terhadap beberapa ucapan 3R termasuk oleh Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang turut disiasat walaupun Guan Eng tidak bercakap soal menghina raja tetapi dikaitkan berunsur agama dan kaum.
"Saya rasa ini pun termasuk dalam 3R yang patut juga mendapat layanan serupa (siasatan dan pendakwaan)," katanya.
Dalam pandangan sama, Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau berkata, Pengerusi DAP itu telah melanggar dua daripada tiga isu 3R iaitu bangsa dan agama.
"Sehubungan itu, kita nak melihat tindakan konsisten dari segi siasatan dan pertuduhan daripada AGC," katanya lagi.
Astro Awani
Wed Jul 19 2023
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, dalam konteks PRN, Pas turut mengakui Sanusi adalah 'panglima hadapan. - Gambar fail
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Selesaikan masalah parti secara dalaman - Khairy
Khairy Jamaluddin berkata segala masalah dalam parti berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu diselesaikan secara dalaman.