awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendakwaan tarik balik surat gesaan utamakan perbicaraan kes Zahid

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
30/08/2022
03:50 MYT
Pendakwaan tarik balik surat gesaan utamakan perbicaraan kes Zahid
Ahmad Zahid ketika tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk perbicaraan dana milik Yayasan Akalbudi, 23 Ogos 2022. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan kes rasuah membabitkan dana Yayasan Akalbudi dihadapi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menarik balik surat yang dihantar kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.
Surat yang dihantar sebelum ini itu memohon agar diberikan keutamaan kepada perbicaraan kes tersebut berbanding kes penyelewengan dana 1Malaysia Development berhad (1MDB) Datuk Seri Najib Razak.
Sebelum prosiding bermula, Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob memaklumkan kepada mahkamah bahawa perkara itu sudah selesai dengan keputusannya untuk menarik balik surat berkenaan.
"Dengan itu, tiada sebarang permohonan sedemikian di hadapan mahkamah ini. Kita teruskan dengan perbicaraan ini," katanya di sini, pada Selasa.
Sementara itu, Collin Lawrence berkata, tidak ada sesiapa pun yang boleh menentukan kes apa yang perlu diberi keutamaan di mahkamah.
Dalam pada itu, peguam utama Ahmad Zahid, Datuk Hisyam Teh Poh Teik pula memberitahu, surat itu boleh ditafsirkan serta boleh memberi tekanan kepada institusi mahkamah.
"Jadi kami berharap perbicaraan ini akan dijalankan mengikut kedaulatan undang-undang," katanya.
Sebelum ini tular sepucuk surat daripada pasukan pendakwaan yang meminta kes bekas Timbalan Perdana Menteri itu diberi keutamaan berbanding kes penyelewengan 1MDB yang dihadapi NaJib.
Collin Lawrence merupakan hakim kepada kedua-dua kes berkenaan.
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#Najib Razak
#Collin Lawrence Sequerah
#dana Yayasan Akalbudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan