awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendakwah Wan Ji Wan Hussin ditahan di bawah Akta Hasutan

Astro Awani
Astro Awani
09/09/2014
23:59 MYT
Pendakwah Wan Ji Wan Hussin ditahan di bawah Akta Hasutan
Dia yang juga bekas ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Selangor dijangka akan didakwa hari ini - Foto Facebook
Seorang pendakwah Islam, Wan Ji Wan Hussin dilaporkan ditahan awal pagi tadi di bawah Akta Hasutan.
Menurut laporan portal berita The Malaysian Insider, Wan Ji, 32, ditahan di kediamannya di Shah Alam sekitar 2 pagi tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Selangor di Shah Alam.
Penahanan turut disahkan oleh pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam ketika dihudungi oleh Astro AWANI.
Dia yang juga bekas ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Selangor dijangka akan didakwa hari ini.
Sementara itu dalam satu kenyataan oleh Pemuda Parti Keadilan Rakyat, PKR berkata pergerakan itu mengutuk penahanan Wan Ji.
“Kami komited untuk mendesak kerajaan mendengar suara rakyat yang menuntut agar akta itu (Akta Hasutan 1948) dikaji semula. Kami juga akan menghulurkan bantuan guaman sekiranya dia didakwa di mahkamah,” kata kenyataan yang dikeluarkan anggota pergerakan itu, Zafril Eusoff.
Wan Ji sebelum ini dilaporkan mengeluarkan beberapa kenyataan kontroversi berkaitan agama Islam dan institusi diraja.
Semalam, Pejabat Peguam Negara memaklumkan jabatan itu kini sedang meneliti beberapa kes yang membabitkan pendakwaan di bawah Akta Hasutan 1948 termasuk membabitkan pensyarah undang-undang Prof Azmi Sharom.
Dalam kenyataannya, Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berkata ia adalah satu proses biasa dan memberi jaminan bahawa jabatan itu akan sentiasa berlaku adil.
Keputusan mengenai kes-kes terbabit akan diumumkan dalam masa terdekat.
Azmi telah didakwa di Mahkamah Sesyen pada 2 September lalu kerana menggunakan perkataan hasutan berkaitan krisis politik di Perak.
Topic Berkaitan
#akta hasutan
#Wan Ji Wan Hussin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan