awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendatang asing panjat bumbung, sembunyi elak ditahan

Aida Aziz
Aida Aziz
13/08/2023
21:30 MYT
Pendatang asing panjat bumbung, sembunyi elak ditahan
Ketika pemeriksaan, beberapa warga asing cuba mengelak daripada diperiksa dengan melarikan diri, memanjat bumbung dan bersembunyi di sebalik pintu bilik. - Foto Imigresen Perak/Sinar Harian
MANJUNG: Seramai 90 orang warga asing ditahan dalam Ops Sapu, Selera, Kutip dan Belanja yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Perak di sekitar daerah di sini, Jumaat lepas.
Pengarah Imigresen Perak Hapdzan Husaini berkata, operasi melibatkan 31 pegawai dari Bahagian Penguat kuasa JIM Perak itu dilaksanakan di kawasan premis perniagaan dan perumahan di Manjung.
Katanya, serbuan pada 11 Ogos yang bermula jam 6.30 petang dan berakhir jam 12.30 malam itu menyaksikan 104 orang diperiksa, membabitkan warga Bangladesh, Pakistan, Nepal, India, Indonesia dan Myanmar.
"Setibanya anggota operasi di lokasi tangkapan, serbuan dan pemeriksaan menyeluruh terhadap warga asing dilakukan.
"Ketika pemeriksaan, terdapat beberapa orang warga asing cuba mengelak daripada pemeriksaan dengan melarikan diri, memanjat bumbung dan bersembunyi di sebalik pintu bilik.
"Terdapat juga beberapa orang warga asing yang merempuh anggota operasi yang membuat kepungan," katanya kepada pemberita semalam.
Bagaimanapun, katanya, dengan kecekapan dan komitmen yang diberikan oleh anggota operasi, cubaan melarikan diri tersebut berjaya dipatahkan.
"Daripada jumlah itu, 90 orang ditahan melibatkan 14 lelaki warga Bangladesh, satu lelaki Pakistan, dua lelaki Nepal, satu lelaki India, satu wanita India, satu wanita Indonesia dan 44 lelaki, 21 wanita, satu kanak-kanak lelaki serta empat kanak-kanak perempuan Myanmar.
"Mereka yang berada di lokasi tersebut dipercayai dengan munasabah melakukan kesalahan imigresen. Kesemua mereka berusia dalam lingkungan 1 hingga 50 tahun," katanya.
Hapdzan berkata, warga asing berkenaan ditangkap dan ditahan bagi tujuan siasatan.
Mereka dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal lebih masa.
Mereka turut disiasat di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan dengan bekerja secara tidak sah dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Akta Pasport 1966.
Tambahnya, siasatan akan diteruskan ke atas pemilik kediaman dan pemilik premis perniagaan yang membenarkan pendatang asing tanpa izin berada di premis mereka.
Topic Berkaitan
#manjung
#pendatang asing
#Imigresen Perak
#Hapdzan Husaini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan