Taktik mereka kali ini cuba tinggal di bilik dalam rumah yang separuh siap pembinaanya dan bukan tidur didalam rumah kongsi bagi mengelak ditangkap imigresen.
Bagaimanapun helah pendatang tanpa izin (PATI) ini akhirnya berjaya dihidu pegawai imigresen dalam satu operasi “Ops Sahur” yang bertindak mengepung tapak pembinaan perumahan di Taman Indah, Alor Setar awal pagi tadi.
Dalam operasi itu pihak imegresen telah menyerbu rumah kongsi bagaimanapun separuh daripada PATI didapati tiada di dalam rumah terbabit.
Namun selepas pemeriksaan ke seluruh kawasan mendapati sekumpulan pati warga Indonesia ini berada didalam bilik ini sedang nyenyak tidur.
Mereka menganggap pihak imigresen tidak membuat serbuan kerana bulan puasa namun semua itu meleset.
Dalam satu lagi operasi di Jitra seorang lelaki warga Myanmar sanggup bersembunyi dalam semak di belakang tapak pembinaan di Taman Melor.
Bagaimanapun, tindakannya itu tidak sia-sia apabila tempat persembunyiannya yang terletak kira-kira 300 meter dari rumah kongsi itu dikesan anggota penguat kuasa yang membuat pemeriksaan menyeluruh di sekitar tapak pembinaan berkenaan.
Lelaki berusia 45 tahun ini ditahan bersama 9 PATI lain dalam serbuan berasingan di lima lokasi masing-masing dua di daerah.
Menurut Pengarah Imegresen Kedah, Mohamad Fitri Hasan Hasil pemeriksaan mendapati lelaki Myanmar itu didapati melakukan kesalahan dibawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah.
Dalam operasi selama lima jam bermula jam 12 tengah malam telah melakukan pemeriksaan ke atas 25 warga asing dan mendapati sembilan daripada mereka melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen.
PATI yang ditahan terdiri daripada enam lelaki dan seorang wanita warga Indonesia serta dua lelaki Myanmar berusia antara 21 hingga 45 tahun.
Lima daripadanya ditahan kerana dikesan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah dan akan disiasat dibawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, manakala empat lagi ditahan kerana melakukan kesalahan dibawah Seksyen 15(1)(c), Akta sama kerana tinggal lebih masa dalam negara ini.
Semua yang ditahan akan dihantar ke Depoh tahanan Imigresen Juru, Pulau Pinang atau Langkap, Perak sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing.