NATIONAL
Pendedahan anak bongkar salah laku seksual guru tuisyen

Mangsa mendakwa kejadian itu berlaku sejak Mac lalu selepas guru itu mula mengajar di pusat tuisyen berkenaan sejak dua bulan lalu. -Gambar hiasan
AMPANG JAYA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun mengalami detik hitam apabila menjadi mangsa amang seksual seorang guru tuisyen di Pandan Indah sejak Mac lalu.
Ringkasan AI
- Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun menjadi mangsa amang seksual oleh seorang guru tuisyen di Pandan Indah sejak Mac lalu, dan kejadian terbongkar selepas ibunya bertanya tentang perkembangan pelajaran anaknya.
- Mangsa mendedahkan perbuatan guru tersebut yang baru dua bulan mengajar di pusat tuisyen berkenaan, dan ibunya segera membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah.
- Suspek telah ditahan polis dan kini direman; beliau akan didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Mangsa turut mendakwa kejadian itu berlaku sejak Mac lalu selepas guru itu mula mengajar di pusat tuisyen berkenaan sejak dua bulan lalu.
Ibu mangsa yang terkejut dengan pendedahan anaknya itu kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah.
Menurut sumber, susulan kejadian suspek kemudiannya diberkas pihak polis kira-kira jam 11.45 pagi pada Selasa untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Beliau memaklumkan suspek terbabit kini direman dan suspek akan didakwa pada Selasa ini berhubung kes terbabit. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami