awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
3 maut dalam nahas pesawat ringan di selatan Australia
Perhimpunan GARAH tidak dibenarkan atas faktor keselamatan awam - Polis
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendedahan Tim Leissner babit suami Zeti bukan perkara baharu - SPRM

Astro Awani
Astro Awani
03/03/2022
09:10 MYT
Pendedahan Tim Leissner babit suami Zeti bukan perkara baharu - SPRM
SPRM menegaskan, tidak timbul isu kegagalan mana-mana agensi penguatkuasa untuk mengesan, menyiasat dan mendakwa apa-apa kesalahan seperti yang dibangkitkan segelintir pihak. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pendedahan bekas pegawai bank Goldman Sachs Inc, Asia Tenggara, Tim Leissner di mahkamah Amerika Syarikat membabitkan suami bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bukan sesuatu yang baharu.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan, menjelaskan bekas Peguam Negara pada hujung 2018 telah menyelaras koordinasi siasatan antara SPRM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes itu.
"Menerusi koordinasi tersebut, fokus SPRM adalah untuk mengenal pasti serta mendapatkan semula dana terkait dengan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) termasuk sejumlah AS$15.4 juta, yang melibatkan akaun Cutting Edge Industries Ltd milik Tawfiq (Datuk Tawfiq Ayman, suami Zeti).
"Pada 18 November 2021, SPRM telah mengeluarkan kenyataan media mengesahkan pemulangan tersebut.
"Pejabat Peguam Negara telah mengarahkan PDRM untuk menumpukan kepada aspek kesalahan jenayah berhubung penerimaan wang tersebut ke dalam akaun milik Tawfiq di Singapura dan siasatan masih berjalan sehingga kini," kata kenyataan tersebut.
SPRM mengulas mengenai pendedahan Leissner berkaitan dana 1MDB yang melibatkan Tawfiq.
SPRM menjelaskan, penyelarasan yang dilakukan itu bertujuan mengelak pertindihan dalam siasatan melibatkan pengumpulan bukti-bukti dan keterangan semua pihak yang terlibat.
Selain itu, SPRM juga menjelaskan, ia juga bagi memudahkan urusan bersama pihak Singapura yang memberi keutamaan kepada satu agensi penguat kuasa yang menjalankan siasatan kesalahan jenayah.
Justeru SPRM menegaskan, tidak timbul isu kegagalan mana-mana agensi penguat kuasa untuk mengesan, menyiasat dan mendakwa apa-apa kesalahan dalam transaksi kewangan tersebut seperti yang dibangkitkan oleh segelintir pihak.
Media sebelum ini melaporkan, Leissner semasa prosiding perbicaraan yang dikaitkan dengan 1MDB di New York, mendakwa Tawfiq menerima rasuah.
Namun, Tawfiq menerusi kenyataan melalui firma guaman Tetuan Jagjit, Ariff & Co baru-baru ini menegaskan, beliau tidak pernah menerima rasuah sepanjang hidupnya malah tidak mengenali Leissner.
Topic Berkaitan
#SPRM
#Tim Leissner
#Zeti Akhtar Aziz
#Tawfiq Ayman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan