PADA 2 September 2020, Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai rasuah yang dipengerusikan oleh perdana menteri, telah bersetuju bahawa parlimen diberikan kuasa untuk melantik Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (KP SPRM). Sebelum ini, Yang Di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik KP SPRM atas nasihat perdana menteri berdasarkan Seksyen 5 (1) Akta SPRM 2009.
Jawatankuasa ini juga bersetuju bahawa penamatan perkhidmatan KP SPRM perlu melalui tribunal khas dan tidak boleh ditamatkan serta-merta oleh Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri. Pendekatan baharu ini memerlukan majoriti dua pertiga untuk melantik KP SPRM. Pembaharuan ini selari dengan Plan Anti-Rasuah Nasional 2019 - 2023 untuk memperkasakan SPRM, khususnya dalam memperkasa pelantikan KP SPRM yang dirancang dalam tempoh lima tahun.
Secara umumnya, prestasi negara dalam soal melawan jenayah rasuah dilihat telah bertambah baik sejak dua tahun yang lalu. Kedudukan Malaysia yang positif dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada tahun 2019 akan menjadi pemacu kepada strategi menambah baik fungsi SPRM yang memerlukan kepimpinan yang bersih dan amanah dalam mempertahankan integriti negara.
Meskipun cadangan memilih KP SPRM ini ke hadapan, peranan parlimen perlu diperkuatkan lagi dalam memastikan calon yang bakal dilantik sebagai KP SPRM mampu menggalas tugas menerajui SPRM atas kepentingan rakyat untuk membanteras rasuah. Oleh itu, cadangan untuk membenarkan sebuah jawatankuasa parlimen khas (JPK) melakukan proses pendengaran pra-pelantik wajar dipertimbangkan kerajaan.
Pendengaran pra-pelantikan KP SPRM
Isu pelantikan KP SPRM pernah menjadi perhatian orang awam apabila bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah melantik Latifah Koya sebagai KP SPRM tanpa pengetahuan Jawatankuasa Pilihan Khas melantik Jawatan Utama Perkhidmatan Awam (JPK JUPA). Rakyat mempertikaikan lantikan ini memandangkan Latifah pernah terlibat aktif dalam aktiviti politik kepartian dan ini boleh menimbulkan konflik berkepentingan.
Bagi tidak mengulangi kesilapan ini, calon yang dicadangkan kerajaan bagi jawatan KP SPRM perlu menjalani proses pendengaran pra-pelantikan terlebih dahulu sebelum parlimen menjalankan proses pengundian. Parlimen UK telah laksanakan pendekatan ini pada tahun 2008 dan sehingga bulan Mei 2018, sebanyak 120 pendengaran pra-pelantikan dilakukan berbanding 2,331 lantikan baharu dan lantikan semula dibuat oleh menteri untuk 300 agensi kerajaan.
Dalam proses ini, ahli parlimen yang berada dalam JPK boleh mengemukakan pertanyaan bagi menguji kemampuan dan integriti calon. Calon juga diberikan peluang untuk membentangkan objektif dan hala tuju sekiranya dilantik sebagai KP SPRM.
Selepas sesi pendengaran pra-pelantikan, JPK akan membentangkan laporan tentang calon di parlimen untuk dibahaskan. Sekiranya penilaian jawatankuasa melihatnya positif, maka ia memberi kelebihan kepada calon dilantik oleh parlimen. Jika dapat laporan tersebut negatif, maka ia akan memberi kesan kepada kredibiliti calon itu sendiri untuk dilantik sebagai KP SPRM.
JPK juga boleh bekerjasama atau mengadakan sesi libat urus bersama masyarakat sivil untuk terlibat dalam proses pendengaran pra-pelantikan KP SPRM. Maka, proses ini akan berjalan dengan lebih terbuka dan rakyat juga dapat memberi pandangan tentang pelantikan KP SPRM. Ia juga satu peluang kepada rakyat mengenali fungsi KP SPRM dengan lebih rapat yang dahulunya dilihat ‘asing’ dan tidak diketahui oleh masyarakat secara menyeluruh.
Apa yang lebih penting ialah JPK perlu memastikan agar calon KP SPRM ini tidak membawa kepentingan ahli politik dan menteri, yang boleh membawa keuntungan peribadi serta membelakangkan undang-undang. Isu ini telah dibangkitkan dalam Pelan Anti-Rasuah Nasional 2019 - 2023.
Oleh itu, amat wajar sekali sekiranya pihak kerajaan memasukkan proses pendengaran pra-pelantikan dalam pindaan Akta SPRM 2009 yang dilaporkan akan dibentangkan kepada parlimen dalam masa terdekat.
Parlimen juga perlu menyegerakan soal penubuhan JPK yang bertanggungjawab dalam urusan pendengaran pra-pelantikan memandangkan JPK JUPA tidak lagi berfungsi selepas berlaku pertukaran kerajaan.
Proses ini akan memberi gambaran luas kepada ahli parlimen dan rakyat tentang kredibiliti individu yang bakal dilantik sebagai KP SPRM. Ia akan membantu ahli parlimen untuk memilih KP SPRM yang benar-benar layak dan berintegiri, bukan sekadar KP SPRM yang mendapat undi majoriti parlimen, tetapi masih mengulangi amalan lama dalam membanteras rasuah.
Persoalan mengenai kebebasan SPRM
Timbul juga persoalan sama ada calon KP SPRM ini akan disenaraikan oleh pihak jemaah menteri atau ia terbuka kepada pencalonan daripada masyarakat sivil atau ahli parlimen yang lain. Pencalonan KP SPRM secara terbuka ini dapat meningkatkan penyertaan orang awam dalam menguatkan lagi hubungan SPRM dengan rakyat. Tetapi, amalan terdahulu menyaksikan calon KP SPRM selalunya akan ditentukan oleh perdana menteri.
Selain itu, ada juga persoalan mengenai sejauh mana SPRM bebas daripada pengaruh eksekutif sekiranya kaedah baru pelantikan KP SPRM ini dilaksanakan. Persoalan ini timbul kerana SPRM masih lagi diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri dan adakah perubahan yang bakal berlaku nanti akan memberi jaminan bahawa KP SPRM bertanggungjawab sepenuhnya kepada parlimen atau masih lagi perlu menjawab kepada perdana menteri.
Untuk memastikan Rang Undang-Undang (RUU) ini menyentuh aspek-aspek penting, kerajaan juga perlu merujuk perkara ini kepada sebuah JPK untuk disemak dan diteliti semula ia dibentangkan. Kaedah yang digunakan oleh parlimen ketika menyemak RUU Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dengan menyerahkan JPK Menimbang RUU untuk membuat laporan dan kajian untuk memberi penjelasan kepada ahli parlimen.
Meskipun negara berhadapan dengan cabaran ekonomi akibat pandemik Covid-19, perubahan untuk menambah baik institusi awam ke arah berintegriti dan bertanggungjawab tidak boleh dilupakan. Cabaran hari ini memerlukan barisan kepimpinan SPRM yang tegas dalam membanteras jenayah rasuah dan ketirisan yang kian membimbangkan sejak satu dekad yang lalu tanpa had masa dan keadaan.
* Penulis merupakan Koordinator Program Research For Social Advancement (REFSA).
* Penulisan artikel ini adalah dari pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Fakhrurrazi Rashid
Thu Nov 26 2020

Penulis berpendapat, kerajaan wajar mempertimbangkan cadangan membenarkan sebuah jawatankuasa parlimen khas melakukan proses pendengaran pra-pelantik bagi jawatan KP SPRM. - Gambar hiasan

Pakar perubatan Kanada dakwa ubat gout mampu ubati COVID-19
Ujian klinikal menunjukkan Colchicine berjaya mengurangkan 21 peratus risiko kematian atau dimasukkan ke hospital terhadap pesakit COVID-19 berbanding plasebo.

COVID-19: Angka korban global melepasi 2.12 juta
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 418,000 kes.

COVID-19: Kes positif dunia menghampiri 100 juta
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 25.09 juta kes.

Sektor perniagaan di Sibu perlu pohon permit perjalanan berkaitan tugas
Sektor perniagaan di Sibu perlu memohon permit polis untuk perjalanan berkaitan tugas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sathianathan harap kerajaan benar Liga-M 2021 berlangsung
Perjalanan liga yang terganggu turut menjejaskan semua pihak terbabit sekali gus berkemungkinan besar 'membunuh' keseluruhan industri bola sepak tempatan.

PKRC MAEPS masih mampu tampung pesakit bergejala rendah
Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) masih mampu menampung pesakit COVID-19 bergejala rendah di Selangor.

COVID-19: Bank Islam beri bantuan kewangan RM37.9 bilion
Hampir 24,000 permohonan dengan jumlah pembiayaan melebihi RM3 bilion telah diluluskan di bawah program tersebut.

Air tangan daging salai masak lemak Khalid Jamlus
Bekas penyerang Harimau Malaya, Khalid Jamlus, kini mengambil inisiatif mengusahakan gerai makan yang menyajikan masakan daging salai masak lemak.

Orang hilang | Mayat nelayan ditemui anak sendiri di laut
Mayat seorang nelayan ditemui di dalam perahunya di perairan Laut Batu Payung, Tawau oleh dua anak lelakinya. Amirkhan Binjamin berkata bapanya Binjamin Osman, 65 tahun, keluar dari rumah di Kampung Tanjung Batu Laut sejak 5 petang Sabtu untuk memukat, namun gagal pulang sehingga tengah malam tadi.

Jenayah | Sarang judi sabung ayam terbongkar
Pertaruhan sehingga RM2000 Jadi tidak hairan kegiatan judi laga ayam di kawasan belukar di Segambut Dalam, Kuala Lumpur menjadi tumpuan kaki judi.

Sabah bentang enakmen baharu libatkan isu air - Bung Moktar
Bung Moktar berkata, bagaimanapun perkara itu akan dibawa ke peringkat sidang DUN Sabah selepas tempoh Proklamasi Darurat tamat.

UMNO sedang diterajui Ahmad Zahid yang lemah - Penganalisis
Tegasnya, ia sebenarnya signal daripada pemimpin berkenaan agar parti itu tidak terkena sakit jantung seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Rakyat Malaysia antara 7 pakar dipilih anggotai badan kesihatan ulung di Jepun
Dr Dhesi Baha Raja berkongsi kegembiraan dipilih sebagai salah seorang penasihat Mitsubitshi Centre of Global Health Architecture

'Jika rakyat Malaysia derma RM2, sudah cukup bantu Ebit Lew beli tablet pelajar'
Sekiranya rakyat Malaysia yang berkemampuan dapat menyumbang minimum RM2, jumlah sumbangan tersebut cukup untuk membeli tablet kepada pelajar-pelajar yang memerlukan.

Mayat lelaki dijumpai hanyut berhampiran laluan sungai di Pantai Dalam
Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Ramli Mohamad dalam satu kenyataan, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 12.24 tengah hari Sabtu.

GST boleh dilaksanakan semula jika ekonomi negara meningkat - Anwar
GST boleh dilaksanakan semula di Malaysia namun hanya ketika ekonomi lebih meyakinkan dan pendapatan rakyat meningkat.

COVID-19: Satu kes dalam komuniti babitkan wanita Msia di Singapura pada Jumaat
Wanita berkenaan adalah rakan sekerja kepada Kes 59429, seorang lelaki Pemastautin Tetap Singapura berusia 39 tahun yang juga seorang petugas bahagian pemasaran di tempat sama.

Stres kerana WFH? Ini tip ringkas kurangkan tekanan
Sokongan isi rumah dalam melaksanakan norma baharu penting dalam membantu mengurangkan keresahan dan tekanan mereka yang bekerja dari rumah (BDR) dan membantu anak-anak PdPR.

UMNO perlu beri peluang kepada pemimpin muda - Tun Faisal
UMNO perlu menonjolkan imej yang baik serta mempunyai sistem penggantian kepimpinan baharu untuk kekal relevan dan diterima rakyat.

TPNW: Peranan Malaysia juga signifikan dalam pastikan dunia bebas senjata nuklear
Sebagai negara sepihak TPNW, Malaysia juga punyai peranan bagi memastikan dunia benar-benar bebas daripada ancaman senjata nuklear