TRAGEDI Sungai Kim Kim telah menyebabkan kemarahan dan keresahan ramai pihak dan pemegang taruh.
Kita semua sebulat suara mengutuk dan mengecam tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab yang membahayakan penduduk di sekitar Sungai Kim Kim.
Sebanyak 111 buah sekolah terpaksa ditutup dan diberikan cuti khas oleh Menteri Pedidikan, YB Dr Maszlee Malik yang prihatin kepada isu di kawasan tersebut.
Kerja pembersihan melibatkan lebih dari 1,250 tan tanah, air dan sisa sepanjang jajaran sungai sejauh 1.5 kilometer telah dilakukan dengan kadar segera oleh pihak berwajib.
Pasti terdetik di hati kita mengapa ada pihak yang sanggup melakukan perkara sedemikian? Tidakkah mereka membayangkan kesan kepada kanak-kanak dan keluarga di kawasan itu? Tidakkah mereka mempunyai hati nurani seperti manusia biasa yang mempunyai sifat belas dan kasih sayang kepada insan yang lain?
Menteri Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), YB Dr Xavier Jeyakumar pula pada sidang media sempena Hari Hidupan Liar Kebangsaan 2019 di Cheras beberapa hari yang lalu telah mengisytiharkan perang terhadap pemburu haram yang menyebabkan kemerosotan populasi Harimau Malaya.
Pengisytiharan perang ini mendapat sambutan yang cukup positif dari rakan-rakan penulis yang terlibat secara langsung dengan usaha konservasi biodiversiti di Malaysia.
Pada dimensi yang berbeza, pasti ada yang terfikir, mengapa ada pihak yang tergamak memburu pak belang yang cukup digeruni di dalam budaya masyarakat Malaysia ini, membahayakan diri mereka demi untuk memburu pak belang?
Adakah untuk kepuasan semata-mata atau hendak dijual kerana hasilnya dikatakan terlalu lumayan? Tidakkah mereka kasihan kepada haiwan ciptaan Ilahi yang mempunyai peranan yang sangat penting di dalam ekosistem hutan hujan tropika kita?
Kedua-dua situasi ini membincangkan perkara yang berbeza dalam konteks alam sekitar, iaitu mengenai benda hidup (biotik) dan benda yang tidak hidup (abiotik).
Tetapi anehnya, dalam kedua-dua isu ini, ia diakhiri dengan persoalan yang sama, iaitu, tidakkah mereka yang terlibat mempunyai perasaan dan kesedaran?
Penulis meletakkan kedua-dua situasi ini untuk dibandingkan kerana ini merupakan perkara yang sangat membimbangkan.
Jika kita perhalusi perkara ini, ada dua dimensi yang mungkin kita boleh gunakan untuk menerangkan masalah ini, iaitu yang pertama mereka yang terlibat sejujurnya memang tidak mempunyai pengetahuan dan maklumat langsung mengenai akibat dari perbuatan mereka.
Pasti ramai yang tidak bersetuju dengan dimensi ini kerana, perkara ini dikatakan tidak perlu diajar dan hanya memerlukan rasional dan logik akal, tetapi ia tetap tidak dapat ditolak sebagai salah satu hujah sebab perbuatan mereka.
Dimensi kedua adalah mereka tahu mengenai implikasi perbuatan mereka, tetapi mereka tidak mempunyai kesedaran sivik dan empati.
Sebagai analisa mudah untuk menilai kesedaran kita pada isu pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, ingatkah kita pada berita awal tahun ini mengenai kepupusan Tikus Bramble (Bramble Cay Melomys) atau nama saintifiknya Melomys rubicola menjadi haiwan mamalia pertama yang pupus akibat perubahan iklim, kesan dari aktiviti manusia?
Pelbagai media melaporkan pekara ini dan netizen memberikan pelbagai reaksi di media sosial mengenai hal ini. Tapi adakah berita ini akan menjadi seperti berita-berita lain yang sekadar berlalu di tatapan skrin telefon bimbit sahaja?
Tahun 2017 menyaksikan kepupusan pelbagai spesies cicak dan kelawar. Tahun 2018 menyaksikan 3 spesies burung hilang selama-selamanya dari dunia ini, termasuk dua spesies burung dari Brazil.
Ingat kah kita burung yang mana? Nama nya? Adakah kita meningkatkan sebarang usaha konservasi burung berbanding sebelum ini setelah membaca berita tersebut?
Jika jawapan nya tidak, maka berita ‘Tikus Bramble’ akan menjadi perkara yang sama. Setiap tahun, seperti menanti senarai nama pemenang Anugerah Juara Lagu, kita akan menanti senarai hidupan yang pupus setiap tahun. Adakah Harimau Malaya juga bakal berhadapan nasib yang sama kelak apabila diumumkan pupus?
Penyelesaian jangka masa panjang bagi isu alam sekitar, selain dari penguatkuasaan dan penggubalan undang-undang yang sewajarnya ialah pendidikan dan penyelidikan.
Artikel 13 dari Konvensyen Kepelbagaian Biologi (Convention on Biological Diversity) mengarahkan setiap negara yang menandatangani perjanjian itu, termasuk Malaysia untuk mempromosikan dan menyokong usaha ke arah pemahaman dan pembangunan program pendidikan dan kesedaran awam. Ia lebih dikenali sebagai CEPA iaitu Communication, Education and Public Awareness dan selalunya digunakan di dalam usaha konservasi biodiversiti, tetapi penulis menganggap bahawa ia boleh digunakan dalam konteks alam sekitar pada masa yang sama. Walaupun kedengaran seperti remeh, kita tidak boleh merendahkan impak besar yang bakal dikecapi dari program ini.
Satu-satunya cara untuk mengurangkan impak manusia kepada alam sekitar yang kian meruncing dengan pelbagai pembangunan dan projek bersifat antropogenik, ialah dengan mendapatkan kolaborasi dan kerjasama dari individu, organisasi dan kumpulan di dalam masyarakat untuk sama-sama memperjuangkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
CEPA memainkan fungsi yang cukup penting di dalam konteks ini bagi mencipta jaringan kerjasama yang bersifat multi-sektor dan memastikan sebarang pelan tindakan, polisi, undang-undang dan sebagainya yang dicetuskan oleh kerajaan dapat dilaksanakan dengan efektif dan tidak terasing dari masyarakat.
Pendidikan yang berkesan pula mestilah diterbitkan dari penyelidikan yang berkualiti dan relevan dengan sesuatu isu.
Walaupun penyelidikan di dalam bidang alam sekitar sering dilabelkan sebagai tidak mempunyai nilai ekonomi berbanding bidang-bidang lain, tetapi berita pada hari ini membuktikan bagaimana gah dan hebat pencapaian kita di dalam bidang lain, kebergantungan kita pada alam sekitar dan komponennya tidak dapat dinafikan.
Kita boleh berbangga kerana penyelidik bertaraf Doktof Falsafah, malah bertaraf Professor Emeritus kini banyak berada di institut dan universiti awam di Malaysia dengan pelbagai kepakaran berkait alam sekitar seperti haiwan, tumbuhan, ekosistem sungai dan marin, serta pelbagai ekosistem hutan yang lain.
Kepakaran ini tidak wajar disia-siakan dan harus disulam dan digunakan oleh kerajaan sebagai pakar rujuk dan mereka juga harus dibantu dengan pemberian geran penyelidikan yang bakal menghasilkan modal insan bagi generasi masa hadapan.
Jika kita benar-benar berjaya mencapai kedua-dua perkara ini, maka kita bakal menghasilkan generasi Malaysia yang bukan sahaja cakna tentang isu alam sekitar seperti pencemaran, pembakaran terbuka, penebangan hutan, pemburuan haram dan lain-lain, malah mereka bakal menjadi tangan, mata dan telinga bagi penguatkuasa dari setiap jabatan untuk memastikan negara Malaysia yang tercinta ini mempunyai persekitaran yang mapan bagi kelangsungan kehidupan generasi masa hadapan.
*Dr Muhammad Abdul Latiff Abu Bakar ialah Penyelidik di Pusat Penyelidikan Penggunaan Mapan Sumber Semulajadi, Fakulti Sains Gunaan & Teknologi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
**Pandangan yang diutarakan dalam artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak berkaitan dengan Astro AWANI.
Ts Dr Muhammad Abdul Latiff Abu Bakar
Fri Mar 22 2019
Kerja-kerja pembersihan di Sungai Kim Kim, Johor - fotoBERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.