DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 Ogos 2025.
Shaalan disasarkan ketika cuba mendapatkan bantuan kemanusiaan untuk memberi makan kepada anak-anaknya.
Tesla memohon lesen daripada Ofgem bulan lepas bagi membolehkan syarikat itu mula membekalkan tenaga kepada isi rumah dan perniagaan.
Dana itu disalurkan bagi penyediaan makanan, penempatan sementara, pembaikan rumah, rawatan perubatan serta perbelanjaan pengebumian.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengarahkan pasukannya membangunkan rangka kerja jaminan keselamatan bagi menjamin keamanan berkekalan di Ukraine.
Hanya dalam beberapa hari, aktiviti kebakaran luar biasa melonjakkan jumlah pelepasan karbon terkumpul ke paras tertinggi.
Sebuah mahkamah di Bogota pada Selasa membatalkan tahanan rumah terhadap bekas Presiden Colombia Alvaro Uribe sementara proses rayuan terhadap hukuman penjara 12 tahun kerana mengganggu saksi.
Polis Mesir menembak mati lapan penyeludup dadah dalam kejadian berbalas tembakan di lokasi persembunyian mereka di pulau-pulau Sungai Nil, utara Kaherah.
Presiden Mexico menafikan bahawa kerajaannya mempunyai sebarang perjanjian dengan AS mengenai projek membanteras kartel dadah.
Rumah Putih pada Selasa melancarkan akaun rasmi TikTok ketika penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS) masih melihat aplikasi milik China itu sebagai isu keselamatan negara.
Kim Yo Jong kecam latihan ketenteraan AS-Korea Selatan, tuduh Seoul hipokrit. Beliau gesa Pyongyang percepat pembangunan senjata nuklear demi keselamatan negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami